Zahid: BN perlu elak ‘talak tiga’ di Selangor infomalay12.blogspot.com

Zahid berkata, PRU14 merupakan peluang terakhir untuk BN merampas semula negeri itu daripada pembangkang selepas gagal berbuat demikian pada PRU13.
zahid-bn-selangor
SABAK BERNAM: Barisan Nasional (BN) perlu mengelak daripada ‘dijatuhkan talak tiga’ di Selangor pada pilihan raya umum (PRU) akan datang atau bakal berdepan kemungkinan kehilangan negeri itu buat selama-lamanya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga naib presiden Umno yang menjalankan tugas timbalan presiden berkata, PRU14 merupakan peluang terakhir untuk BN merampas semula negeri itu daripada pembangkang selepas gagal berbuat demikian pada PRU13.
“Kita telah ‘ditalak satu’ pada PRU12 dan ‘ditalak dua’ pada PRU13. Kalau nak rujuk semula, elakkanlah talak tiga dengan memastikan kemenangan BN di Selangor sekali gus merampas semula negeri ini,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Sabak Bernam di sini, hari ini.
Ahmad Zahid berkata kekalahan BN di Selangor sebelum ini adalah petunjuk kemurkaan Allah terhadap sikap pemimpin parti yang sombong dan berebut jawatan sesama sendiri.
“Selepas menang pada PRU11, kita terlalu selesa dan mendabik dada. Pemimpin berebut harta, masing-masing hendak cepat kaya dan rakyat tengok gelagat kita, sebab itu Allah tarik nikmat pemimpin Selangor bila kita kalah dalam PRU12 dan PRU13.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: