Tukar kerajaan bukan jalan penyelesaian terbaik, sembang Najib infomalay12.blogspot.com

PENIPU PRU13....ADAKAH ANDA SEDIA UNTUK DITIPU LAGI PADA PRU14...!!!
PERDANA Menteri Najib Razak menegaskan menukar kerajaan sedia ada bukan jaminan dan jalan penyelesaian terbaik kepada semua masalah, malah dikhuatiri akan lebih memudaratkan negara dan rakyat dengan memberikan Iraq sebagai contoh, lapor Bernama.
“Doktor saya di IJN (Institut Jantung Negara) bagi tahu ada pesakitnya orang Iraq apabila tanya mana lebih baik dahulu atau sekarang, dia kata seburuk-buruk zaman Presiden Saddam Hussein sekurang-kurangnya mereka ada makanan di atas meja, anak boleh ke sekolah, keadaan negara aman.
“Tetapi sekarang lihatlah, hancur lebur semuanya... kerana itulah menjatuhkan kerajaan sedia ada tidak akan menjanjikan kerajaan lebih baik,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Lipis, Kuala Lipis hari ini.
Najib berkata rakyat seharusnya mengambil iktibar daripada peristiwa kebangkitan rakyat atau Arab Springs yang menyaksikan banyak negara Timur Tengah seperti Iraq, kini bergolak.
“Menukar kerajaan bukan penyelesaian, kalau lebih baik masuk akal… kalau lebih buruk, lebih mendatang bala dan bencana serta lebih tidak menentu, lebih mendatangkan bala dan bencana… itu bodoh punya kerja… Minta maaf terpaksa kata," kata perdana menteri itu.
Beliau turut menempelak Dr Mahathir yang sering membuat serangan terhadap dirinya terutama dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sedangkan beliau (Dr Mahathir) sendiri gagal ketika mentadbir sehingga negara mengalami kerugian berbilion ringgit.
Bekas perdana menteri itu baru-baru ini dilantik sebagai pengerusi Pakatan Harapan yang ditubuhkan PKR, DAP, AMANAH dan Bersatu.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: