Tentu ada yang tertanya-tanya sama ada mereka sedar atau tidak yang dikutuk itu ialah salah seorang daripada mereka. Lebih pun, tindakan paling pengecut pernah Dr Mahathir lakukan ialah ketika beliau dalam Umno.
Tidak ada apa yang boleh mengubah fakta itu. Hanya yang buta hati akan menafikannya.
Ahmad Zahid Hamidi, Salleh Said Keruak dan Khairy Jamaluddin mengecam ahli politik veteran berusia 92 tahun itu, mengaitkannya dengan skandal kerugian mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia dan krisis kehakiman pada 1998 yang menyebabkan pemecatan beberapa hakim kanan.
Khairy berkata mereka akan melihat semula tahun pemerintahan Dr Mahathir dan memeriksa semula semua dakwaan kesalahannya, salah laku dan sebagainya.
Senarai salah laku itu pastinya panjang berjela. Kita hendak mula dari mana?
Mari mula daripada penipuan institusi seperti kehakiman dan kebebasan akhbar. Bagaimana pula dengan sikapnya yang selalu buat tidak tahu terhadap rasuah dalam parti politiknya dan promosi budaya wang mudah?
Bagaimana dengan menggunakan sistem pentadbiran kerajaan untuk memenjarakan lawan politik?
Jangan lupa pula dengan kapitalisme kroni dan projek penswastaan yang pincang seperti Perwaja Steel. Dan bailouts yang berulang kali untuk menyelamatkan Malaysia Airlines yang berterusan hingga baru-baru ini, bertahun selepas Dr Mahathir bukan lagi perdana menteri.
Dan memandangkan kita sedang melihat masa silam, bagaimana pula dengan tindakan Dr Mahathir merosakkan sistem pendidikan negara.
Sudah pasti kita tidak boleh lupa kegagalan Dr Mahathir sepanjang 22 tahun beliau sebagai perdana menteri.
Lebih dua dekad memegang jawatan tertinggi di Malaysia dan tidak banyak yang dapat ditunjukkan dalam menempa Bangsa Malaysia.
Lebih dua dekad memegang jawatan tertinggi dan jurang antara yang kaya dan tidak kaya amat besar.
Lebih dua dekad sebagai PM dan kedaulatan undang-undang, pengasingan kuasa dan konsep keadilan masih lagi sukar difahami.
Read More / Baca Lagi >>