SEMUA ORANG PERLU PATUHI UNDANG-UNDANG infomalay12.blogspot.com


Semua orang perlu patuhi undang-undang


Semua orang tanpa mengira pangkat dan kedudukan adalah tertakluk kepada undang-undang tanpa sebarang pengecualian.

Demikian ditegaskan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Nadzri Siron ketika mengulas hukuman denda RM600 yang dikenakan ke atas Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Datuk Yusoff Ayob kerana memandu di lorong kecemasan di Lingkaran Putrajaya pada Oktober 2016.

"Yusoff telah mengaku bersalah dan telah pun membayar denda yang dikenakan ke atasnya. Kes ini membuktikan penguatkuasaan yang dijalankan kerajaan adalah adil.

"Sesiapa sahaja sekiranya melakukan kesalahan tetap akan dihukum," katanya kepada Sin Chew Daily.

Kelmarin, Majistret Nik Isfahanie Tasnim Ab Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap Yusoff yang tidak hadir ke mahkamah, selepas pegawai khas yang mewakilinya, mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan, Yusoff didakwa memandu di lorong kecemasan, kira-kira jam 6.27 petang pada 7 Oktober 2016.


Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :