PSM tak dapat lupakan 'dosa silam' Mahathir infomalay12.blogspot.com

Tidak seperti parti pembangkang lain yang mengetepikan perbezaan mereka dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, Parti Sosialis Malaysia (PSM) nampaknya enggan melupakan "dosa-dosa" bekas perdana menteri itu.
Dalam status di Facebook, anggota jawatankuasa pusat PSM, S Arulchelvan membangkitkan semula isu-isu di bawah pentadbiran Mahathir dan menyatakan bekas presiden Umno itu tidak pernah mengakui kesilapannya.
Beliau juga mengkritik pembangkang yang sanggup bersama ahli politik berusia 92 tahun itu kerana keinginan untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada kuasa.
"Semasa menjadi pemerintah, Dr M tidak benarkan Akta Gaji Minima dilaksanakan, menghancurkan kesatuan sekerja, menjadi bapa neoliberal dengan projek-projek penswastaan yang untungkan kroni macam IPP, tol, penswastaan kemudahan asas, mengunakan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dan sebagainya.
"Selain itu menjadikan anak beliau antara terkaya di Malaysia dan sehingga hari ini beliau tidak insaf dan tidak mahu minta maaf atas ini semua tetapi itu semua tidak penting (bagi Pakatan Harapan).
"Yang penting kita (bagi mereka) kalahkan Najib...isu prinsip, keadilan, kebenaran, seruan agama dan lain-lain kita belakang kira," sindirnya.
Tawar alternatif
Bercakap kepada Malaysiakini kemudian, Arulchelvan berkata Pakatan Rakyat yang dibentuk oleh pembangkang berjalan lancar selepas pilihan raya umum 2008.
Bagaimanapun, beliau menegaskan kejatuhan itu bermula berikutan masalah dalaman seperti "Langkah Kajang" di Selangor yang dirancang oleh PKR dengan matlamat menjadikan ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar.
"Sekarang kamu minta Mahathir memimpinnya (Pakatan Harapan).
"Hanya kerana dia berada di pembangkang sekarang, dia tiba-tiba dianggap lelaki yang baik. Ini akan membuat ramai orang muak dengan politik dan ahli politik," katanya, sambil menambah ia adalah perlakuan oportunis.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :