Walaupun Presiden PAN, Mat Sabu telah berhenti dari jawatan Pengarah di Jabatan Air Pulau Pinang kerana tuntutan perubatan yang tidak masuk akal, tetapi beliau telah dijadikan Pengarah di agensi kerajaan Pulau Pinang, PIHH Sdn Bhd, ataupun lebih dikenali sebagai Halal Penang. Mat Sabu tetap dibiayai oleh Rejim DAP Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng.
Zairil Khir Johari juga turut diberi jawatan sebagai pengarah di agensi ini.Kalau mengikut definasi Hannah Yeoh dan Tony Pua, bukankah elaun yang dinikmati oleh Mat Sabu dan Zairil Khir Johari adalah duit Rakyat atau lebih dikenali sebagai 'tax payers money'? Berapakah elaun mereka sebulan? Apakah faedah-faedah lain yang mereka nikmati selain elaun yang diterima? Persoalan utama adalah apa fungsi Halal Penang? Menghalalkan perbuatan Lim Guan Eng?
Apakah kelayakan mereka selain mereka mempunyai kisah Dyana Sofea-Normah Alwi? Adakah Presiden PAN bebas untuk mengeluarkan pandangan beliau sekiranya periuk nasi beliaupun djaga oleh DAP? Apakah salah pendapat yang berlegar di media sosial yang mengatakan Mat Sabu hanyalah merupakan kuda tunggangan Lim Guan Eng?