Percaturan Semula PKR Untuk PRU Akan Datang Versi Surat Khabar Cina infomalay12.blogspot.com


Keratan suratkhabar Kwong Wah bertarikh 04/072017: "Pencaturan semula Untuk PRU Yang Akan Datang" (terjemahan / sumber: YB Norlela Ariffin)

Mungkin ada perubahan besar seluruh barisan pimpinan MPN Pulau Pinang. Dr Wan Azizah akan bertanding di Parlimen PJ Selatan kerana lebih senang untuk sering melawat Anwar Ibrahim. Hee Loy Sian akan tanding di DUN dan dijangka bersedia untuk menjadi Exco. 

Nurul Izzah akan bertanding di Permatang Pauh. Nurul Izzah dijangka akan melepaskan Lembah Pantai dan mewakili Anwar Ibrahim bertanding di Permatang Pauh. Peluang Saifuddin Nasution untuk menjadi Timbalan Ketua Menteri (TKM) I tinggi. 

Kemungkinan besar Saifuddin Nasution akan bertanding di DUN Penanti dan menjadi TKM I. Saifuddin Nasution adalah orang yang paling Anwar Ibrahim percayai dan juga calon yang DAP Pulau Pinang sokong. 

Norlela pula dikhabarkan akan bertanding di DUN Kajang, Selangor. Norlela dan Dr Wan Azizah sudah ada persetujuan untuk balik ke Selangor tetapi perlu mendapat kelulusan Azmin Ali. Maklumat juga menunjukkan bahawa Dr Afif Bahardin juga akan bertanding di Selangor tetapi bergantung kepada keputusan Azmin Ali.

Dr Mansor mungkin akan melepaskan kerusi Parlimen dan bertanding DUN. Dr Mansor lebih cenderung untuk bertanding di DUN dan kembali menjadi TKM I. Beliau adalah Pengerusi MPN, orang Azmin Ali dan berkemungkinan besar akan bertanding DUN. Sekiranya parti hendak beliau kekal Parlimen, kemungkinan besar akan tanding DUN dan Parlimen. 

TKM I Rashid telah memohon balik ke Johor. Beliau sedar kelemahan sendiri dan sudah memohon bertanding di Muar atau satu kerusi Parlimen. DUN Pantai Jerejak akan ada calon lain bertanding. Law Choo Kiang akan kekal DUN Bukit Tambun, Ong Chin Wen akan kekal di DUN Bukit Tengah dan Lee Khai Loon akan kekal DUN Machang Bubuk. DUN Batu Uban dan DUN Kebun Bunga pula akan menyaksikan kemunculan calon baru.

Kesimpulan: PKR bukanlah sebuah Parti Rakyat, sebaliknya parti untuk diri sendiri kerana percaturan ini hanyalah untuk menyelamatkan diri mereka sendiri walaupun acapkali mereka meluangkan "Selamatkan Malaysia". PRU14 ini bakal menyaksikan PKR kembali ke zaman gelap kerana mereka akan kalah teruk seperti mana pada tahun 2004. 

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :