PAS SEMAKIN TERTINGGAL DAN MEMANG PATUT DITINGGALKAN infomalay12.blogspot.com


Jika kita perhatikan, tidak banyak berita mengenai Pas tersiar di dada-dada media sejak minggu-minggu kebelakangan ini. Kalau ada pun satu dua berita yang melintas, tidak lagi ramai yang peduli mengenainya.
Tulisan Hadi Awang yang dibuatnya ketika beliau sedang sakit sehingga hampir pasti menyebabkan Akta 355 tertangguh sekali lagi pembentangannya, turut tidak berapa dihiraukan, bahkan tidak lagi menarik minat untuk diulas atau diperkatakan.
Pemimpin-pemimpin Pas yang lain juga nampaknya semakin hilang daripada radar pandangan umum. Meskipun dikhabarkan wajah-wajah mereka masih kerap terpampang di dada media milik sendiri, sudah tidak ramai yang mahu membeli akhbar atau menjenguk laman berita tersebut.
Semua perkembangan yang menampakkan Pas semakin menguncup di mata dan hati rakyat ini, selain kerana pendirian parti itu sendiri yang diragui, ia juga adalah disebabkan semakin menonjolnya Pakatan Harapan dengan pelbagai agenda dan perkembangan yang menampakkan keseriusan untuk mengalahkan UMNO dan BN, seterusnya mengambil alih pentadbiran negara yang rosak akibat kerakusan Najib Razak menguruskannya.
Daripada memperkemas struktur kepimpinan, mencipta logo rasmi dan kemudian mendaftarkan Pakatan Harapan dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan, semua itu telah menarik minat rakyat dan menampakkan gabungan itu benar-benar suci dan jujur niatnya untuk menyelamatkan negara ini.
Bersama dengannya juga, beberapa komitmen turut dibentangkan kepada umum seperti jangka pendek dalam tempoh 100 hari yang antaranya menghapuskan GST dan menstabilkan harga petrol dan jangka panjang pula termasuk memulihkan institusi awam dan menubuhkan beberapa badan menyiasat pelbagai kecelakaan yang melanda negara serta merugikan rakyat.
Semua itu, bukan saja memberi harapan, tetapi juga memperlihatkan Pakatan Harapan adalah alternatif yang benar-benar dipercayai dan berwibawa untuk menggantikan BN.
Tidak seperti Pas, meskipun berulang kali dan berbuih mulut para pemimpinnya mengatakan mereka juga serius untuk memimpin negara dan mengalahkan BN serta mengubah jumlah kerusi yang ingin ditandingi daripada 100 kepada 140, hakikatnya tiada siapa mempercayainya.
Pas tidak dipercayai dan jauh sekali daripada diyakini, bukan saja kerana tiada tokoh-tokoh berwibawa yang tinggal dalam parti itu, tetapi juga disebabkan Gagasan Sejahtera yang diura-urakan diterajuinya hanyalah momokan kosong semata-mata.
Gasasan Sejahtera yang kononnya turut disertai beberapa parti kecil lain dan ratusan NGO, tidak saja tiada struktur kepimpinan, tiada logo rasmi, bahkan tidak kedengaran beraninya ia didaftarkan sebagai entiti rasmi dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan.
Bertanding sendirian pula dengan hanya menampilkan satu kaum saja sebagai calon di sebuah negara yang berbilang kaum seperti Malaysia ini, tentulah teramat mustahil untuk Pas menang dan dan dipilih sebagai kerajaan.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: