Pas hari ini sekali lagi menegaskan bahawa parti itu masih berada di saf pembangkang dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Naib presidennya Idris Ahmad berkata pilihan raya kali ini adalah yang cukup kritikal kepada Pas kerana parti itu bukan sahaja menentang BN malah Pakatan Harapan.

Beliau berkata ini adalah kali pertama dalam sejarah, pembangkang menentang pembangkang dalam pilihan raya umum dan pihak lawan sepatutnya tahu di mana peluru hendak disasarkan.
Mengenai Pas di saf pembangkang, Idris berkata perkara itu jelas menolak dakwaan dan tuduhan Pakatan Harapan termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Pas makan dedak Umno.
"Bagaimana kamu (Pakatan Harapan) menyatakan kami berada di saf BN. Carilah hujah lain untuk menentang kami. Sedangkan kita lihat 13 kali pilihan raya umum sekali sahaja Pas tak lawan Umno iaitu pada tahun 1974. (PRU) yang lain kita lawan BN."
Berucap melancarkan jentera pilihan raya Pas Parlimen Permatang Pauh, Idris berkata Dr Mahathir perlu berhenti menuduh Pas makan dedak Umno sebaliknya belajar bagaimana untuk menjadi pembangkang yang sebenar.
Idris berkata Pas akan bertanding di 140 kerusi Parlimen pada PRU14 menerusi gabungan Gagasan Sejahtera bagi membolehkan parti itu membentuk kerajaan jika rakyat memberi mandat kepada Pas.
Related Posts :
Orang Perak usak gelak yer! DATUK A KADIR JASIN MOHON POLIS BUKA BALIK KERTAS SIASATAN JENAYAH TMJ! Teori King Maker antara Najib & Hadi tak menjadi-jadi..[Video Khas 50 pencapaian kerajaan Malaysia sepanjang setahun selepas PRU 14] infomalay12.blogspot.comJumaat, 10 Mei 2019
Mie Suhaimi/Tak Nak BN
DATUK A KADIR JASIN MOHON POLIS BUKA BALIK KERTAS SIASATAN JENAYAH TMJ
Selain jenayah berkenaa… Read More...
Barvo Bravo BONGKAR LAGI Mat Sabu! Siasat Hisham, Zahid Haidi, Ismail Sabri & S.Subra! Skandal 16 projek land swap bernilai RM4.9 bilion [Video Saya belajar banyak perkara termasuk belajar tabik] infomalay12.blogspot.comJumaat, 10 Mei 2019
KiniTV
Menjawab kenyataan Perdana Menteri Tun Mahathir yang menggesa supaya pemimpin ubah sikap dan tumpu perjuangan pa… Read More...
60.8 % Responden Beri Kerajaan PH Gred E infomalay12.blogspot.com
KUALA LUMPUR 9 Mei - Kira-kira 60.8 peratus daripada 34,899 responden dalam bancian yang dijalankan oleh portal My Two Cents memberikan g… Read More...
Jom Lihat Rumah Mewah Milik Mr. Bean Dan Keluarganya infomalay12.blogspot.com
Walaupun suka kelihatan bodoh dalam kebanyakkan film tv, tetapi Mr. Bean tidak lah bodoh dalam hidup nyatanya. Bahkan dia mempunyai isteri … Read More...
Umno panas hati di Sandakan! Umno tak bertanding..Kenapa Umno plok yg desperado nak berkempen fitnah di bulan puasa? [Video KATA LAWAN TETAP LAWAN, KENAPA TAKUT SRI RAM?] infomalay12.blogspot.comJumaat, 10 Mei 2019
Jom Channel
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, yang terdiri daripada Datuk Zabariah Mohd Yusof, Datuk Rhodzariah Bujang … Read More...