Noh Omar akui ahli tidak bersatu, Parlimen Sepang jadi sasaran PRU infomalay12.blogspot.com


Noh Omar
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar dipetik berkata kegagalan ahli Umno untuk bersatu menyukarkan usaha untuk mencapai kejayaan.
Ahli Umno Selangor katanya, perlu menjadikan kegagalan menawan negeri ini pada pilihan raya umum lalu sebagai iktibar supaya ia tidak berulang lagi pada pilihan raya akan datang.
Beliau juga mengingatkan ahli Umno supaya tidak perlu malu untuk mengaku sebagai pembangkang di Selangor.
"Sekiranya mahu menang, kita perlu bersatu dan yang lebih penting bila kita tidak mempunyai jawatan, kita perlu sokong orang yang ada jawatan dalam Umno," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Sepang, malam tadi.
Beliau yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar Perumahaan dan Kerajaan Tempatan, berharap seluruh jentera Umno Bahagian serta Pergerakan Pemuda dapat memberi tumpuan di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang gagal dimenangi pada pilihan raya lalu.
Katanya, ahli Umno juga perlu bekerja keras bagi memastikan Parlimen Sepang kembali menjadi kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Kita perlu komited untuk merampas kembali dua Dun yang kalah di Sungai Pelek dan Tanjung Sepat serta Parlimen Sepang pada pilihan raya lalu," katanya.
Turut hadir, Ketua Umno Bahagian Sepang, Datuk Marsum Paing; Timbalan Ketua Umno Sepang, Shahrum Mohd Sharif dan Ketua Pemuda Umno Sepang, Noor Azli Said.

Subscribe to receive free email updates: