Pelancaran MRT Sungai Buloh berjalan dengan lancar hari ini. Perdana Menteri hari ini mengumumkan dua perkara berikut:
1. Rakyat Malaysia berpeluang menaiki MRT percuma hari ini 17 Julai bermula 4.00 petang sehingga 12 tengah malam.
2. Diskaun tambang sebanyak 50% perkhidmatan MRT, LRT, Monorel dan BRT bermula 18 Julai sehingga 31 Ogos 2017 bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke 60.
Namun, seperti biasa pemimpin pembangkang yang berjiwa Yahudi tetap mencari salah projek yang dibuat untuk Rakyat. Mereka telah memutar belitkan kenyataan DS Salleh Keruak yang mengatakan MRT adalah hadiah Perdana Menteri kepada Rakyat.
Salahkah kenyataan tersebut? Tun Dr Mahathir selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri sekalipun gagal untuk membina MRT. Projek MRT yang dibina pada 08/07/2011, hari ini 17/07/2017 telah siap sepenuhnya untuk kegunaan orang ramai.
Yang paling penting sekali untuk pemimpin pembangkang hadam adalah Perdana Menteri tidak pernah mengatakan projek MRT menggunakan duit beliau. Apa masalah Tony Pua dan Hannah Yeoh untuk mengungkit duit pembayar cukai?