[KJ MANO?] Jamal, Bakal Ketua Pemuda UMNO ANAK JANTAN berang, beri amaran akan ikat pintu Kedutaan Indonesia infomalay12.blogspot.com


 

Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini memimpin lebih 50 nelayan menunjuk perasaan dan menyerahkan memorandum bantahan kepada kedutaan Indonesia, selepas 12 nelayan Sekinchan ditahan dan 2 bot ditunda dari perairan negara.
 
Dalam kejadian tersebut yang berlaku 18 Julai lalu, media melaporkan pihak berkuasa Indonesia mengejar 3 buah bot nelayan dan menembak salah satu bot berkenaan. Nelayan yang sempat melepaskan diri berkata pihak berkuasa Indonesia cuba menahan mereka dalam perairan negara.

Jamal sambil memegang seutas tali tambat bot memberi amaran akan mengikat pintu kedutaan sekiranya Jakarta enggan membantu menyelesaikan insiden itu.

“Kami bukan mencari pasal, tetap kami sudah ‘dipasali’ mereka. Ini bukan kes yang pertama. Boleh dikatakan tiap-tiap bulan perkara ini berlaku,” kata Jamal kepada pemberita di luar kedutaan.

Beliau berhimpun dalam keadaan cuaca hujan bersama Ahli Parlimen Sungai Besar Datuk Budiman Mohd Zohdi, yang menggesa Jakarta menghargai hubungan antara kedua negara.

 Kita harap hubungan yang terjalin antara Malaysia dan Indonesia sebelum ini tidak dikotori dengan insiden sedemikian rupa, kami mohon isu ini diselesaikan dengan baik,” katanya.

Jumaat lalu, Barisan Nasional dan DAP Selangor sebulat suara mendesak Wisma Putra dan kerajaan kedua-dua negara menyelesaikan insiden itu dengan kadar segera. Mereka mendakwa tindakan pihak berkuasa Indonesia mencabuli perjanjian persefahaman yang dimeterai Kuala Lumpur dan Jakarta sebelum ini.

Menurut Jamal, data yang diperoleh dari sistem navigasi menunjukkan nelayan Malaysia yang diganggu itu tidak menceroboh perairan Indonesia. Mereka dikatakan kini ditahan di Aceh.

“Ia seringkali berlaku menyebabkan nelayan kita takut untuk menangkap ikan di negara sendiri,” katanya, dan menempelak pihak berkuasa Malaysia yang gagal melindungi nelayan tempatan di perairan negara.

 Kami sungguh tidak berpuas hati. Di mana Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ketika bot kita dirampas? Adakah pihak berkuasa kita yang bertanggungjawab menjaga perairan kita tidur?” soalnya.
 
Jamal berkata mereka juga akan menyerahkan memorandum kepada kementerian berwajib. Turut hadir di tunjuk perasaan hari ini ialah pemimpin MCA Sungai Besar Kek Seng Hooi dan penasihat undang-undang Gabungan NGO Malaysia Datuk Imran Tamrin.

Subscribe to receive free email updates: