Ketua Armada, Syed Saddiq 'Paladium' melahirkan kekecewaan beliau di dalam laman sosial Facebook beliau apabila dikatakan Pemuda UMNO bertindak kasar ke atas anak buah beliau yang dikatakan menghantar undangan jemputan debat 'Nothing To Hide 2' antara Tun Dt Mahathir dan DS Najib Tun Razak.
Pertama, kalau datang rumah orang untuk hantar undangan tidak lerlulah sehingga mewar-warkan ke media sosial panggil geng. Itu macam hendak bergaduh gayanya. Kalau sudah gaya menjual, tidak salah Pemuda UMNO membeli.
Kedua, geng Armada tidak tahukah dalam zaman moden ino ada Pos Laju dari Pos Malaysia. Kenapa perlu hantar tangan. Kalau tidak mahu guna Pos Laju boleh pakai GDEX dan sebagainya. Pernahkah geng Armada mendengar perkataan e-mail. Sekarang orang hantar kad kahwin pun pakai e-mail lah!
Ketiga, kalau betul niat datang adalah murni, kenapa bawa poster-poster provokasi seperti di bawah? Kenapa menjadi keldai DAP untuk memecah belahkan orang-orang Melayu?
Apapun saya 'salute' Pemuda UMNO mempertahankan pemimpin dan organisasi parti dan menghalang barua-barua DAP dari mencemar PWTC.
Apapun saya 'salute' Pemuda UMNO mempertahankan pemimpin dan organisasi parti dan menghalang barua-barua DAP dari mencemar PWTC.