Kenapa Kos Pembinaan 3 Lebuhraya Di Pulau Pinang Jauh Lebih Tinggi Dari Mana-Mana Lebuhraya di Lembah Klang? infomalay12.blogspot.com


Kecuali banglo mewah milik Ketua Menteri (tanpa kolam renang) di Pulau Pinang yang dibeli dengan harga yang murah, ketiga-tiga lebuhraya yang dibina di dalam negeri berkenaan jauh lebih tinggi dari mana-mana lebuhraya yang terdapat di dalam Lembah Klang. Mungkin inilah harga yang patut dibayar oleh Warga Pulau Pinang yang mengamalkan dasar CAT atau 'Competency, Accountability and Tranperancy'. Mungkinlah.

Nurul Izzah baru-baru ini pernah berkata bahawa Pakatan Harapan boleh membina projek infrastruktur pengangkutan awam yang lebih murah dengan jaringan yang lebih luas daripada Barisan Nasional. Mungkin beliau sepatutnya meletakkan syarat berikut di dalam kenyataan beliau:

1. Kecuali di Pulau Pinang, dan
2. Kecuali projek-projek yang dirancang dan diluluskan oleh Tokong.

Dua hari lepas, kita dikejutkan apabila EXCO Pulau Pinang mendedahkan bahawa kos Penang Pan Island Link 1 (PIL-1) sepanjang 19.5 kilometer adalah berjumlah RM7.5 bilion, atau RM385 juta setiap kilometer. YB Chow Kon Yew di dalam laman Facebook beliau, baca di sini, sekali lagi mengesahkan kos berkenaan dan tidak membantah pembinaan kos PIL-1 adalah RM385 juta bagi setiap kilometer. Beliau hanya berkata bahawa ianya mahal kerana pembinaannya rumit dan dibina untuk meminimumkan gangguan kepada Rakyat.

Manakala bagi Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Gurney Drive sepanjang 4 kilometer, dibawah projek kontroversi Terowong Pulau Pinang pula, memerlukan kos RM800 juta untuk dibina, atau RM200 juta setiap kilometer. Sementara satu lagi lebuhraya projek Terowong Pulau Pinang, iaitu Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Jalan Air Hitam sepanjang 5.7 kilometer pula memerlukan kos bernilai RM897 juta untuk dibina, atau RM157 juta setiap kilometer.

Perbandingan dibuat dengan lebuhraya-lebuhraya yang terdapat di Lembah Klang adalah seperti berikut:

1. Lebuhraya SUKE sepanjang 59 kilometer dengan kos pembinaan sebanyak RM5.3 billion atau RM90 juta per kilometer.

2. Lebuhraya DASH sepanjang 47 kilometer dengan kos pembinaan RM5.3 billion atau RM89 juta per kilometer.

3. Lebuhraya EKVE sepanjang 36 kilometer dengan kos pembinaan RM1.6 billion atau RM43 juta per kilometer.

4. Lebuhraya DUKE 3 (kini dinamakan sebagai Lebuhraya Setiawangsa Pantai) sepanjang 35 kilometer dengan kos pembinaan RM3,74 billion atau RM107 juta per kilometer.

5. Lebuhraya DUKE 2A sepanjang 75.2 kilometer yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kapar dengan kos pembinaan RM6.32 billion atau RM84 juta per kilometer.

Kesimpulannya, minta tolong penjilat-penjilat DAP terangkan kenapa kos pembinaan lebuhraya di Pulau Pinang lebih tinggi daripada Lembah Klang?

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :