Anak sulung Dr Mahathir, Marina berkata, Ahmad Zahid Hamidi bersifat seksis kerana tidak mengambil kira keturunan ibu bekas perdana menteri itu.

Dakwaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai asal usul India bukan sahaja salah, tetapi juga bersifat perkauman dan seksis, kata anak perempuan bekas perdana menteri itu, Marina.
“Ia sepatutnya Mahathir bin Mohamad,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
“Nama datuk saya ialah Mohamad bin Iskandar.”
Marina berkata demikian susulan dakwaan timbalan perdana menteri semalam yang kad pengenalan asal Dr Mahathir menunjukkan namanya ialah “Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty”.
Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata, dokumen yang diberikan ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepadanya menunjukkan “orang itu yang memperjuangkan agenda Melayu” sebenarnya “menggunakan orang Melayu”.
Marina mengecam kenyataan itu dengan berkata, datuknya Mohamad Iskandar ialah pengetua Melayu pertama di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar.
“Selain rasis, Zahid juga bersifat seksis kerana tidak mengambil kira wanita dalam keturunan, walaupun mereka yang melahirkan anak.
“Ibu kepada ayah saya, Wan Tempahwan berasal daripada keluarga yang kebanyakannya ialah orang istana kerabat diraja Kedah.
“Nenek sebelah ayah saya juga ialah orang Melayu, tetapi disebabkan orang tidak menyimpan rekod (ketika itu), saya tidak tahu nama beliau dan saya tak fikir ayah saya tahu,” kata anak sulung pengerusi Pakatan Harapan dan PPBM itu.
Dr Mahathir, 92, dilahirkan lebih 3 dekad sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
Dalam autobiografinya pada 2011 bertajuk “A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad”, beliau mengakui mempunyai keturunan India Selatan, tetapi “Saya orang Melayu dan bangga dengannya.”
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
[Video PM PERASUAH NO 1 NEGARA! Mengaku masuk akaunnya RM2.6 bilion] Najib tunggu ‘ilham’ untuk adakan pilihan raya. infomalay12.blogspot.comSelasa, 30 Januari 2018
Posted by ali allah ditta - Tumpang sekole.
Najib tunggu ‘ilham’ untuk adakan pilihan raya
Presiden Umno… Read More...
[Video Penganiayaan Kpd Rakyat, ROS SENGAJA MELAMBATKAN Pendaftaran PH] Kerajaan zalim lengahkan pendaftaran HARAPAN. infomalay12.blogspot.comRabu, 31 Januari 2018
Kerajaan zalim lengahkan pendaftaran HARAPAN
Sehingga hari ni masih belum ada sebarang jawapan rasmi daripada Jab… Read More...
[Video Dr M 'asak' ROS lagi & Lampu hijau untuk pekebun ketum' tak lama lagi] Antara BN dan Pakatan, siapa mampu tumbangkan PAS di Kelantan? infomalay12.blogspot.comSelasa, 30 Januari 2018
Antara BN dan Pakatan, siapa mampu tumbangkan PAS di Kelantan?
Di Kelantan, faktor pengundi yang pulang mengund… Read More...
[Video Nizar: Jahatnya pimpinan BN BONUS MB Perak RM115,000.00, Beli Kereta Audi QC7 RM622,000.00 & Bayar Anugerah RM321,000.00 guna wang rakyat! Huu Dasat!] Yeop Umno pun mengamuk! Ahli2 PAS & Ahli2 UMNO ditipu pemimpin parti. infomalay12.blogspot.comSelasa, 30 Januari 2018
Yeop Umno Mengamuk!
Ahli2 PAS & Ahli2 UMNO ditipu pemimpin parti.
Kepada ahli biasa UMNO dan … Read More...
[Video Meriah Tun Mahathir Bersama Rakyat di PUTRAJAYA] SIAPA PENYEBAR BERITA PALSU? Yang lebih mengaibkan, bukan setakat satu, tetapi tiga media arus perdana melakukan penularan berita palsu yang sama. infomalay12.blogspot.comRabu, 31 Januari 2018
SIAPA PENYEBAR BERITA PALSU?
Ketika di Kelantan baru-baru ini, Najib Razak berkata, kerajaan akan mengkaji satu und… Read More...