Beliau dipetik berkata, tindakan sering bersaing untuk menunjukkan kekuatan masing-masing boleh menggagalkan impian Pakatan Harapan menggantikan BN pada PRU14 nanti.
“Itulah sikap sebenar DAP yang Pas sudah lama fahami, jadi sebab itulah kita berpisah dengan mereka kerana kita tahu DAP ini bila merasakan dia kuat, dia akan menguasai yang lain.
“Kalaulah DAP saling menghormati parti-parti lain, dia tidak sewenangnya untuk menentukan mana-mana parti yang layak menjadi menteri besar,” katanya kepada media di Majlis Rumah Terbuka Pas Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV di sini semalam.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu juga, berkata, segala telahan Pas selama ini terhadap Pakatan Harapan telah terbukti berlaku ketika ini dan ia boleh dinilai sesama mereka.
“Sekarang Pakatan Harapan dilihat sering bersaing untuk berada di depan, bagi saya, kalau mereka terus dengan sikap ini, masih tidak sesuai untuk mereka menggantikan BN,” katanya.
Terbaharu, Penasihat Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam ceramah Pakatan Harapan di Dewan Perniagaan Cina di Kelantan telah menamakan Husam sebagai menteri besar jika pakatan itu menang dalam PRU14 nanti.
Kit Siang menyifatkan Husam adalah calon sesuai dengan ketokohannya untuk mengetuai Kelantan setelah ketiadaan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Dalam pada itu, respon Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, pula, menyifatkan cadangan Kit Siang mencalonkan Husam sebagai Menteri Besar Kelantan tidak memberi kesan kepadanya.
Sebaliknya berkata Ahmad berkata, rakyat Kelantan mampu membuat penilaian yang bijak sebelum memilih siapa yang lebih layak menjadi pemimpin di negeri itu.