HUBUNGAN TUN MAHATHIR-ANWAR TIDAK PERLU DIPERSOAL LAGI infomalay12.blogspot.com


Pendirian bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu dipersoalkan lagi memandangkan kedua-dua pihak sudah berdamai.
Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, satu Malaysia sudah jelas dan  menerima hubungan baik antara Mahathir dan Anwar, dan perkara ini juga disambung baik oleh keluarga masing-masing.
“Semua pihak dah tengok Mahathir dah bersalam dengan Anwar, lagipun semua pihak dah dengar kenyataan keluarga Anwar untuk tidak mengenang barang yang lepas.
“Kemudian Mahathir dipilih menjadi Pengerusi Pakatan Harapan juga dengan persetujuan Anwar, manakala Anwar jadi ketua umum,  juga dengan persetujuan Mahathir, yang tidak jelas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan konco-konconya sahaja,” katanya.
Beliau berkata, Najib dan koncu-konconya takut dengan penggemblengan tenaga antara Mahathir dan Anwar.
“Najib mengharapkan kerjasama dan hubungan erat ini tidak dapat dapat dipulihkan kerana beliau tahu gandingan Mahathir dan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan kuat, lagipun kami yakin boleh  menggoncang Najib daripada tampuk pemerintahnya,” katanya.
Kelmarin, Perdana Menteri berkata, Mahathir perlu menjelaskan beberapa persoalan kepada rakyat terutama soal pendiriannya terhadap Anwar yang didakwa melakukan perbuatan di luar tabii pada 1998.
Najib berkata, semua itu menjadi persoalan besar rakyat, sama ada tuduhan itu tidak betul pada asasnya ataupun beliau sanggup berkorban prinsip lamanya demi politik.
Kamarudin berkata, persoalan itu sebenarnya bukan ditimbulkan oleh rakyat sebaliknya oleh Najib kerana bimbang Pakatan Harapan akan bertambah kuat.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :