Anggota Parlimen Puchong mencabar Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendedahkan perjalanan wang yang menyokong dapatan pihak berkuasa bahawa dana bernilai RM2.6 bilion dalam akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak benar-benar suatu derma.
"Apa yang susah sangat nak buat begitu?" kata Gobind Singh Deo melalui mesej teks kepada
Malaysiakini hari ini.
Gobind mengulas kenyataan dibuat Apandi bagi menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ceramahnya malam tadi.
Bekas perdana menteri itu
mendakwa Apandi menyembunyikan bukti berkaitan skandal 1MDB yang dikaitkan dengan Najib.
Gobind yang juga ketua biro undang-undang DAP berkata, Apandi sepatutnya tahu benar mengenai asas prinsip keadilan ialah tiada seorang pun berhak membuat penghakiman dalam sesuatu isu jika ia melibatkan kepentingannya sendiri.
Guna OSA
Justeru kata Gobind pengisytiharan Apandi dalam kes-kes yang melibatkan tingkah lakunya sebagai peguam negara dipertikaikan, tidak banyak banyak memberi kesan.
"Untuk meyakinkan rakyat Apandi patut mendedahkan laporan yang menunjukkan laluan wang berkenaan sepenuhnya sebelum beliau membuat keputusan muktamad (membersihkan perdana menteri daripada salah laku).
"Laporan itu mesti dibentangkan di parlimen dan terbuka kepada orang awam," katanya.
Kata Gobind Apandi perlu berani menyahut cabarannya itu.
"Lagi pun, seperti yang dikatakannya, beliau tidak melakukan sebarang kesalahan atau ada menyembunyikan sesuatu," katanya.

Bercakap dalam majlis ceramah Pakatan Harapan di Shah Alam malam tadi, Dr Mahathir berkata, jika gabungan itu berjaya menguasai Putrajaya mereka akan memanggil Apandi untuk disoal berhubung penggunaan Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk siasatan skandal 1MDB.
Bagaimanapun Apandi berkata apa yang dilakukannya sebagai peguam negara dalam siasatan itu dibuat berdasarkan kepada fakta yang terkandung di dalam kertas siasatan.
"Tiada
apa untuk disembunyikan," kata Apandi kepada
Malaysiakini.
Pada Januari tahun lalu Apandi membebaskan Najib daripada sebarang salah laku berhubung kewujudan dana RM2.6 bilion - didakwa sumbangan derma daripada hartawan Arab - dalam akaun peribadi perdana menteri itu.
Apandi juga mendapati Najib tidak terbabit dalam sebarang salah laku dalam isu bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
Beliau juga menafikan dakwaan Jabatan Kehakiman AS yang mendakwa dana 1MDB diselewengkan.
Related Posts :
[Video Respon kepada kenyataan TMJ terhadap Dr M (Kah, kah, kah, geli hati saya, itu saja KOMEN saya) & Janji Di Capati ] Sejuta rumah mampu milik: BN ‘janji dicapati’. infomalay12.blogspot.comAhad, 8 April 2018
Ayahanda Tun Dr Mahathir & Bonda Tun Siti melawat projek "Lease Hold Forest City".
Sejuta rumah mampu mil… Read More...
[Video Putarbelit Pemimpin Pas...] Surat Terbuka Rafidah Aziz kepada Najib - PENGSWASTAAN SEMUA TANAH MINDEF / MILITARI DI SELURUH MALAYSIA. infomalay12.blogspot.com
… Read More...
Najib swastakan tanah tentera... infomalay12.blogspot.com
Bekas menteri kabinet, Tan Sri Rafidah Aziz dalam surat terbuka beliau malam ini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku me… Read More...
[Video Dr M tanya Najib, 'mana nak dapat dana RM500 bilion untuk laksanakan manifesto BN-duit ubat hospital pun tak cukup?' Melayu di Putrajaya laa ni MELAYU TAK BERMARUAH & PERASUAH] Waaa Dasat UmnoBN ni...HORMATI HAK RAKYAT, kami tak lah buta untuk membezakan mana KAYU mana LEMBU. infomalay12.blogspot.comIsnin, 9 April 2018
Rakyat tak kan lupa, UmnoBN mesti mau ingat!
SEMUA PIHAK KENA HORMATI HAK RAKYAT
1. Belajar²lah hormati h… Read More...
Seorang wanita sembuhkan kakinya yang hampir dipotong dengan menggunakan gula. Pakar Kesihatan beri jawaban. infomalay12.blogspot.com Sunday, 08 April 2018
Kolase, ilustrasi penyembuhan luka dengan gunakan gula | Grid.ID
Gula dapat sembuhkan luka, benarkah? sebua… Read More...