Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyifatkan dakwaan beliau dibayar RM9.5 juta oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai mengarut.
Menurut Muhammad Shafee, beliau tidak akan layan tuduhan tersebut kononnya bayaran itu diterima daripada 1MDB bagi memenjarakan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Semua mengarut, perkara itu kini di mahkamah. Jadi saya akan jumpa Anwar di mahkamah mengenai RM9.5 (juta) itu. Nanti kita lihat apakah dia betul,” katanya seperti dipetik dari portal Malaysiakini.
Sarawak Report sebelum ini mendakwa Najib membayar Muhammad Shafee sebanyak RM9.5 juta bagi mengendalikan kes liwat membabitkan Anwar.
Muhammad Shafee merupakan ketua pendakwa dalam kes liwat II membabitkan Anwar apabila kes itu dibawa ke mahkamah rayuan dan persekutuan.
Mengulas kenyataan Anwar bahawa beliau terlibat penyambungan perkhidmatan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Makinudin, Muhammad Shafee sekali lagi menganggapnya sebagai mengarut.
Related Posts :
TERAPKAN AMALAN BERSATU PADU, TOLAK ANSUR DAN SEMANGAT SETIA KAWAN DALAM HIDUP - MB PAHANG infomalay12.blogspot.com
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pada 16 September setiap tahun, kita akan merayakan Hari Malaysia bagi memperingati penubuhan p… Read More...
SELAMAT HARI MALAYSIA, MARILAH TERUS BERSATU PADU infomalay12.blogspot.com
“Selamat menyambut Hari Kebangsaan Malaysia saya ucapkan kepada semua dan selamat bercuti,” ucap Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mo… Read More...
1MDB ~ Kenapa Tak Lawan..! infomalay12.blogspot.com
Ingat lagi kenyataan di atas tu?
Kalau ikut kenyataan tu apa jua yang mendatang pasti akan di tentang dengan berani..!
1MDB: Wang RM369,66… Read More...