Majoriti peserta yang hadir dalam Forum ‘Mahathir Ejen Perubahan atau Ejen Pemusnah’ anjuran Kelab Bangsar Utama melahirkan kekecewaan dan tidak bersetuju dengan tindakan Pakatan Harapan (PH) yang melantik Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai pengerusi pakatan tersebut, dakwa akhbar Umno.

Empat panel jemputan iaitu aktivis pembangkang, Hishamudin Md. Rais; Presiden Amanah Mohamad Sabu; Dr. Michael Jayakumar Devaraj daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Haris Ibrahim daripada Asal Bukan Umno (ABU) dilihat gagal menjawab soalan mengapa pembangkang perlu bergantung pada bekas Perdana Menteri itu untuk melakukan revolusi dan perubahan lapor Utusanonline.
Seorang peserta yang memperkenalkan diri sebagai Ahmad dan telah mengundi sebanyak dua kali dalam pilihan raya umum mempersoalkan siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri sekiranya pembangkang menang dalam pilihan raya kelak, namun mendapat jawapan sinis daripada Hishamuddin.
“Siapa Perdana Menteri itu tidak penting kerana soalan itu soalan bangang, beli lembu pun belum tetapi dah sibuk nak letak lembu di mana,” jawab Hishamudin.
Seorang lagi peserta yang memperkenalkan diri sebagai Haris mendakwa, dia merupakan pengikut tegar zaman reformasi dahulu dan lantang melabelkan kesemua pemimpin pembangkang hari ini sebagai badut kerana tidak belajar daripada kesilapan lalu.
“Kami dah letih nak mendengar badut-badut semua ini menyampaikan ceramah politik. Dahulu kutuk dan hasut kami mengenai Mahathir, kata dia bapa segala kejahatan, tetapi hari ini gembira menjalin kerjasama dengan Maha Firaun itu?
“Dulu kutuk Mahathir,sekarang bekerjasama dengan Mahathir kutuk Najib. Esok lusa turun bekerjasama pula dengan Najib? Tidak pernah belajar daripada kesilapan lalu,” katanya sebelum meninggalkan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) tempat forum itu berlangsung setengah jam sebelum program itu berakhir pukul 11 malam.
Sementara itu, Michael Jeyakumar yang juga Ahli Parlimen Sungai Siput cuba memberi penjelasan kepada peserta iaitu pembangkang memerlukan Dr. Mahathir untuk mendapatkan undi orang Melayu di kawasan kampung kerana majoriti mereka masih percaya terhadap kepemimpinan Barisan Nasional (BN) dan Umno.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
[Video Skandal 1MDB, Mengapa Hendak Disembunyikan? Perompak 1MDB Tekan Orang Miskin, Mi Maggi Pun Kena GST] Najib di Parlimen: Datang 10.04 pagi, balik 10.12 pagi & GST, kos sara hidup tinggi semua salah 1MDB. infomalay12.blogspot.comJumaat, 10 November 2017
GST, kos sara hidup tinggi semua salah 1MDB, kata Pakatan
Ceramah di Sungai Acheh, Nibong Tebal semalam tentang… Read More...
[Video 'Kalau polis panggil, saya pergilah' & Saya boleh senarai kemudahan ditarik kerajaan] MANA SATU BOLEH DIPERCAYAI? Jabatan Perdana Menteri atau Tun M! infomalay12.blogspot.comJumaat, 10 November 2017
Ini kenyataan media Jabatan Perdana Menteri pagi tadi...
Ini pula jawapan balas Tun Mahathir Mohamad sendiri… Read More...
[Video Tun Mahathir - MELAYU KAYA KERANA JUAL TANAH] Banjir Di Pulau Pinang PAS Bakal Menang Besar? Bayaran RM400 banjir dibuat 18-19 November, kata Guan Eng. infomalay12.blogspot.comJumaat, 10 November 2017
Kelab Che Det
Suka Halaman Ini · 16 jam ·
Kajian akhbar Oriental Daily New… Read More...
[Video Isu "Kepala Bapak Kau", Dengar Teguran Dr. MAZA & Kepala bapak kau!, Tun M senyum sinis] Harga minyak naik: Kementerian mana dapat ‘Musang King’ RM3.5 bilion? infomalay12.blogspot.comJumaat, 10 November 2017
“Esquilo pega carona em pica-pau e bomba nas redes".
Harga minyak naik: Kementerian mana dapat ‘Musang … Read More...
[Video KM umum dana RM100 juta bagi ‘Pulau Pinang Bangkit’ & Guan Eng puji Sapno Tukijo] Bantuan tentera di P. Pinang: Ada sesuatu yang tak kena? – Patriot infomalay12.blogspot.comJumaat, 10 November 2017
Bantuan tentera di P. Pinang: Ada sesuatu yang tak kena? – Patriot
Terdapat tatacara operasi standard untuk … Read More...