Labuan – Fenomena belalai air yang terbentuk di perairan Labuan hari ini menimbulkan suasana panik dalam kalangan penduduk di pulau bebas cukai ini.
Kejadian itu berlaku tidak sampai 10 minit, namun ia cukup untuk menimbulkan rasa takut di kalangan beberapa penduduk pulau berkenaan.
Belalai air itu terbentuk di permukaan air beberapa ratus meter dari pantai pada pukul 11.45 pagi dan hilang tanpa mengakibatkan sebarang kerosakan.
Namun begitu, Pejabat Meteorologi Labuan dihujani dengan panggilan telefon daripada penduduk yang dilanda ketakutan.
Pengarahnya, Donis Gunting ketika dihubungi, berkata bahawa belalai air itu berlaku disebabkan ketidakstabilan dalam atmosfera.
“Insiden pagi ini hanya merupakan belalai air kecil,” katanya. Terdapat dua jenis belalai air iaitu belalai air kecil dan puting beliung.
Belalai air puting beliung didorong oleh pembentukan di atas air. Ia terjadi akibat hujan lebat serta ribut yang membentuk pusaran air.
Belalai air kecil bukan terbentuk daripada ribut. Tiupan anginnya sangat lemah dan lazimnya bergerak tidak terlalu jauh.
Related Posts :
Buku teks, aktiviti hanya sumbang 28% beban beg sekolah infomalay12.blogspot.com
PUTRAJAYA: Buku teks dan aktiviti hanya menyumbang 28% kepada beban beg sekolah murid rendah, demikian menurut Kajian Berat Beg Murid Seko… Read More...
Isu UMNO Akan Diharamkan & Senarai Nama MT Pilihan infomalay12.blogspot.com
… Read More...
[ELOK LETAK JAWATAN] PTPTN: Dr Maszlee silap, Wan Saiful memang lantikan politik infomalay12.blogspot.com
Oleh Siti Fatimah Ishak, Ismaweb
BANGI, 15 Syawal 1439H, Jumaat – Tindakan meletakkan Setiausaha Politik Menteri Pendidikan, Wan Sa… Read More...
[VIDEO] Sidang Media bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Presiden,Indonesia Joko Widodo. infomalay12.blogspot.com
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, diberi sambutan negara oleh Presiden Indonesia, Joko… Read More...
SYED HAMID KELUAR UMNO, Tak mahu terus berpura-pura infomalay12.blogspot.com
Tan Sri Syed Hamid Albar secara rasmi mengumumkan keluar dari Umno dan menegaskan beliau tidak boleh lagi berpura-pura semuanya dalam kea… Read More...