Tidak faham apa isunya macai-macai Parti Chap Bunga sejak semalam meroyan apabila Timbalan Perdana Menteri mendedahkan nama sebenar 'Top Gun' Pakatan Harapan sebagai Mahathir s/o Iskandar Kutty? Apa masalah dengan nama tersebut?
Kenapa macai-macai Parti Chap Bunga malu dan mahu mengubah sejarah Mantan 22 tahun Perdana Menteri ini berketurun separuh India dan separuh Melayu? Kenapa malu kalau betulpun Tun Dr Mahathir berasal dari Kerala, India?
Perkara ini bukan perkara baru. Penjilat tegar Tun Dr Mahathir sekarang, blogger 'Tukar Tiub' Hishamuddin Rais dan Presiden PAN, Mat Sabu seringkali menempalk Tun Dr Mahathir sebagai Kutty, Mamak dan sebagainya. Cuma sekaranglah mereka jilat tidak ingat diri. Tun Dr Mahathir dalam buku autobiografinya 'A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad' menulis,
Saya mengaku ada (darah) India atau lebih tepat lagi darah Asia Selatan mengalir dalam urat saya, tetapi dari bahagian mana di benua kecil India nenek moyang saya datang, saya tidak tahu. Saya seorang Melayu dan bangga kerana itu. Saya seorang Melayu bukan setakat atas kertas. Dari segi sentimen dan semangat, saya juga seorang Melayu.
Ada yang mendakwa bapa saya Malayali dan fasih berbahasa Tamil dan Malayalam. Ada yang menulis beliau seorang Hindu yang menganut Islam untuk berkahwin dengan ibu saya. Yang lain mengatakan mereka ada melihat dokumen yang dengan jelas mengatakan etnik saya.
Tun Dr Mahathir pun mengaku nasab keturunan beliau. Jadi apa pasal macai-macai Parti Chap Bunga begitu marah dan tersentap macam anak kecil? Apa guna macai-macai Parti Chap Bunga cuba manambah baikkan orang-orang dari keturunan Kerala ini dengan mendakwa mereka berasal dari pendakwah-pendakwah Islam dari Yemen.
Buruk sangatkah orang dari India sampai cuba menghilangkan identiti sebenar Tun Dr Mahathir. Mereka lupa macai-macai Parti Chap Bunga inilah orang pertama yang berada di hadapan TV untuk menonton filem Hindi dan Tamil dan melompat apabila hero dan heroin mereka seperti Shah Rukh Khan, Kajol, Rajnikanh dan sebagainya muncul?