'AKTIVITI' DI SEBALIK HOTEL TIGA BINTANG TERBONGKAR infomalay12.blogspot.com


'Aktiviti' di sebalik hotel tiga bintang terbongkar


Kuala Lumpur - Kegiatan pelacuran dan perjudian berselindung di sebalik hotel bertaraf tiga bintang terbongkar dalam Ops Noda dan Ops Dadu yang dijalankan oleh sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di ibu negara, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sukri Kaman berkata, operasi dijalankan kira-kira jam 5.30 petang hasil maklumat dan risikan.

Menurutnya, hasil serbuan tersebut telah berjaya menangkap 22 orang wanita warganegara asing dari berumur lingkungan 19 hingga 32 tahun disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran.

"Semakan dapati wanita terbabit terdiri daripada warganegara Vietnam, Indonesia, Rusia, Mongolia, Kazakstan, Thailand dan Republik Kyrgyz.

"Selain itu, enam orang pelanggan dan tiga orang penjaga premis turut ditahan," katanya.

Dalam serbuan yang sama, polis turut membongkar kegiatan perjudian komputer di hotel terbabit.

Tambahnya, sembilan individu membabitkan empat orang pemain dan lima penjaga telah ditahan selain rampasan mesin slot.

"Kesemua tangkapan dibawa balik ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut," katanya.

Kes disiasat di bawah seksyen 372b Kanun Keseksaan dan Seksyen 56 (1)(l) Akta Imigresen, Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen dan Seksyen 39(b) Akta Imigresen serta Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.


Subscribe to receive free email updates: