“Ahli Umno faham. Ia hanya agenda politik.
“1MDB syarikat milik kerajaan dan PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) sudah menjalankan siasatannya terhadap 1MDB,” kata Salleh.
Berhubung dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad yang Peguam Negara Mohamed Apandi Ali menipu dalam melihat siasatan 1MDB, Salleh berkata Dr Mahathir sepatutnya percaya dengan sistem kehakiman.
“Beliau kena hormat sistem kehakiman. Tidak semestinya setuju dan keputusan itu tak semestinya salah. Masalahnya Mahathir nak ikut selera dia saja,” katanya.
1MDB diilhamkan oleh Najib dan beliau menafikan sebarang salah laku yang mencetuskan siasatan di beberapa negara atas dakwaan salah guna dana syarikat.
Singapura salah satu negara yang turut melancarkan siasatan terhadap 1MDB. Ia negara pertama yang menjatuhkan hukuman terhadap individu yang bersalah dalam kes penyelewengan wang 1MDB.
Minggu lalu, pegawai bank Yeo Jiawei, perancang harta di BSI Singapura dipenjarakan empat tahun setengah selepas mengaku bersalah atas tuduhan penggubahan wang haram dan menipu.
Sebelum Yeo, empat lagi pegawai bank dihukum penjara dan denda atas kesalahan serupa di mahkamah Singapura.
Singapura juga menutup cawangan dua bank luar negara kerana memindahkan wang 1MDB.