353 syor dikemuka dalam Laporan Ketua Audit Negara 2016 infomalay12.blogspot.com



Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1, yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, mengemukakan 353 syor bagi membantu Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan kerajaan negeri untuk memperbaiki kelemahan yang dilaporkan.
Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad berkata, daripada jumlah itu, Jabatan Audit Negara mengemukakan dua syor terhadap Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2016, dengan 90 syor kepada aktiviti kementerian dan jabatan kerajaan persekutuan, 17 syor kepada syarikat kerajaan dan agensi kerajaan persekutuan dan 244 syor terhadap pengurusan aktiviti dan kewangan kementerian, jabatan, agensi dan pengurusan syarikat kerajaan negeri.
"Sebagaimana lazim, ketua jabatan berkenaan telah dimaklumkan terlebih dahulu tentang perkara yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara untuk tujuan pengesahan,\" katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama.
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2016 Siri 1, mengandungi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan, aktiviti kementerian dan jabatan kerajaan persekutuan, pengurusan syarikat kerajaan dan agensi kerajaan persekutuan serta pengurusan aktiviti dan kewangan kementerian, jabatan, agensi dan pengurusan syarikat kerajaan negeri untuk tahun yang sama.
Ia dibentangkan di Parlimen hari ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Madinah berkata laporan Ketua Audit Negara kali ini antara lain mengandungi pengesahan penyata kewangan kerajaan persekutuan, prestasi hasil kutipan kerajaan persekutuan, pengauditan pengurusan kewangan (indeks akauntabiliti) serta pengauditan prestasi terhadap program dan aktiviti kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri.
Beliau berkata hasil Kerajaan Persekutuan pada 2016 berjumlah RM212.421 bilion berbanding RM219.089 bilion pada 2015. Kutipan hasil menunjukkan trend penurunan berikutan kejatuhan harga minyak mentah dunia.
Mengenai penarafan tahap prestasi pengurusan kewangan, sebanyak 25 kementerian, 18 jabatan persekutuan, 38 badan berkanun persekutuan, 138 kementerian/jabatan negeri, 41 badan berkanun negeri, 41 pihak berkuasa tempatan dan enam Majlis Agama Islam telah diaudit.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: