Sebuah video yang tular di media sosial memaparkan sekumpulan babi hutan berkeliaran berhampiran Terminal Bas Tuas pada Rabu lalu di Singapura.
Kira-kira 20 ekor babi dilihat berkeliaran di hadapan kantin Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan Kebangsaan seperti mencari sesuatu.
Namun, seorang lelaki yang dilihat menolak troli berisi bahan makanan dan kemudian berjalan sambil diikuti haiwan terbabit.
Rata-rata netizen memberi pendapat bahawa babi-babi tersebut mungkin kelaparan dan mahukan makanan.-Malaysiakini