Kejadian tersebut dipercayai adalah berpunca daripada mangsa yang cuba menghalau burung, mangsa yang merupakan seorang penyelia pembersihan parah selepas terkena renjatan elektrik di Stesen KTM Sentul di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Suhaidi, 47 tahun dikatakan menjolok sesuatu menggunakan batang aluminium berhampiran kabel elektrik di stsen berkenaan sebelum terkena renjatan.
Difahamkan, mangsa cuba menghalau burung yang bertenggek di kabel elektrik menggunakan batang aluminium.
Tindakan mangsa menggunakan besi aluminium itu membolehkan arus elektrik mengalir dan merenjat tubuhnya.
Mangsa yang dipercayai melecur 80 peratus pada tubuhnya itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.