Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini mengistiharkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Bersempena Hari Raya Aidil Fitri berjumlah 0.75 bulan gaji atau minima RM1,000. Itupun tertakluk kepada beberapa syarat yang digariskan di bawah. Yang pasti denda dikenakan dengan menolak 0.25 bulan gaji dari jumlah BKK berkenaan sekiranya penjawat awam berkenaan cuti sakit melebihi sehari.
Tiga suku bulan gaji atau RM1,000 BKK Hari Raya untuk 3,741 orang kakitangan awam Negeri Pulau Pinang. Kerajaan Pusat bagi BKK tanpa syarat, Rejim DAP Pulau Pinang bagi BKK macam-macam syarat dikenakan. Itupun, ada ura-ura sebelum ini kata Rejim Pulau Pinang bagi bonus 3 bulan! Minta maaflah nooo. Tokong sudah tidak ada duit. Duit simpanan sudah bagi sama PDC untuk buat projek. Tanahpun sudah bo liou maa, tidak ada apa lagi hendak dijual.

Namun, pengumuman berkenaan tidak pula menyatakan bagaimana status penjawat awam yang menghadapi perbicaraan Mahkamah. CTS berpendapat pemberian BKK ini sepatutnya tidak wajar diberikan kepada penjawat awam yang sedang menghadapi tuduhan rasuah di Mahkamah (contohnya seperti membeli rumah baglo tanpa kolam renang di bawah harga pasaran), sehingga penjawat awam berkenaan bebas daripada tuduhan berkenaan.