Skandal FGV: Pas cadang Isa juga bercuti, Shahrir pangku tugas infomalay12.blogspot.com

Isa Samad FGV
Pas menyarankan pengerusi Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV) Tan Sri Mohd Isa Samad turut bercuti bagi memastikan siasatan yang telus dapat dijalankan terhadap penyelewengan dalaman FGV serta-merta.
Timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Shahrir Abdul Samad boleh dilantik sebagai pemangku Isa.
Semalam, Lembaga Pengarah FGV mengarahkan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Zakaria Arshad dan dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Ahmad Tifli Mohd Talha, mengambil cuti susulan siasatan yang dijalankan ke atas pembayaran oleh sebuah anak syarikat.
"Banyak masalah Felda hari ini kebanyakannya datang daripada FGV dan pengurusan Isa.
"Sekiranya Zakaria perlu bercuti, Isa lagi perlu bercuti untuk memastikan siasatan yang telus dapat dijalankan terhadap dakwaan kedua-dua pihak dan penyelewengan dalaman FGV dengan serta-merta," katanya dalam kenyataan.
Beliau juga berkata, tindakan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengekalkan Isa sebagai pengerusi FGV menyebabkan pengerusi Felda yang baharu Tan Sri Shahrir Abdul Samad sukar melaksanakan langkah-langkah memulihkan Felda.
""Pas meramalkan Shahrir dan Isa bakal bertembung, dan ini akan satu persaingan politik yang tidak perlu di dalam Felda yang bakal merugikan Felda dan khasnya peneroka.
"Sepatutnya Isa perlu dibuang terus daripada Felda. Pertembungan antara Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Datuk Zakaria Arshad tidaklah menghairankan, malah sudah dijangka," katanya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :