Beliau seterusnya memberi panduan penyelesaian mesti berasaskan tiga perkara - dilakukan mengikut undang-undang syarikat, selaras dengan prinsip urus tadbir yang baik dan mesti melalui proses yang adil.
Apa makna kata-kata Perdana Menteri itu?
Semalam blog ini, berdasarkan sumber-sumber yang boleh dipercayai diberitahu bahawa siasatan dalaman terhadap CEO FGV, Zakaria Arshad sudah pun selesai dan lanjutannya satu surat tunjuk sebab akan dikeluarkan terhadapnya pada Selasa, 13 Jun ini.
Zakaria akan diberi peluang menjawab tuduhan-tuduhan terhadapnya berhubung urusniaga Safitex, sebuah syarikat Afghanistan yang berpangkalan di Dubai dengan Delima Oil Products, anak syarikat FGV sehingga menyebabkan syarikat itu menanggung hutang tertunggak yang besar.
Kedudukan beliau selepas itu akan ditentukan oleh Lembaga Pengarah FGV yang dipengerusikan oleh Isa Samad berdasarkan jawapannya terhadap surat tunjuk sebab itu.
Zakaria bersama tiga yang lain sekarang ini sedang dicutikan untuk memudahkan siasatan dalaman dijalankan terhadapnya.
Pada petang semalam juga, Zakaria yang sebelum ini berkeras tidak mahu berundur, malah mencabar akan membawa ke mahkamah jika beliau dipecat, ternampak sudah mula mengendur.
Katanya, beliau sedia berhenti jika diminta oleh Perdana Menteri.
Malah, proses yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh Lembaga Pengarah FGV terhadap Zakaria juga dilihat bertepatan dengan tiga perkara yang dinyatakan Najib iaitu mengikut undang-undang syarikat, selaras dengan prinsip urus tadbir yang baik dan melalui proses yang adil.
Read More / Baca Lagi >>