Kata Rahman, rakyat Malaysia berhak mengetahui pengadu terbabit dan DoJ perlu dengan segera mendedahkan identiti mereka agar orang ramai boleh mengetahui hasrat agenda pihak pembangkang.
Kata beliau, rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui pengadu terbabit dan DoJ perlu dengan segera mendedahkan identiti mereka supaya orang ramai boleh menyedari hasrat agenda pihak pembangkang yang mahu menjatuhkan perdana menteri dan kerajaan yang dipilih secara demorkasi.
“Jelas siasatan DoJ adalah ekoran aduan yang dibuat oleh individu tertentu.
“Saya mengesyaki pengadu terbabit sebenarnya rakyat Malaysia dengan agenda politik yang buruk terhadap perdana menteri dan kerajaan,” kata beliau dalam kenyataan media dikeluarkan hari ini.
Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, sementara DoJ mempunyai hak untuk memfailkan saman sivil tetapi apa yang penting tindakan itu hendaklah berdasarkan fakta yang boleh dibuktikan dan tidak mengandungi retorik yang tidak berasas atau kenyataan berniat jahat.
“Lebih penting lagi, dakwaan dibuat DoJ mesti dibuktikan di mahkamah sebelum ia boleh diterima sebagai fakta.”
Rahman juga berkata, sebagai sebuah negara berdaulat, Malaysia telah menjalankan siasatan sendiri, khususnya yang membabitkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), yang dianggotai wakil daripada kedua-dua barisan politik mendapati tiada sebarang bukti yang dana 1MDB telah disalahgunakan.
Malah katanya, 1MDB bukan pihak dalam tindakan undang-undang difailkan oleh DoJ.
Kata Rahman, aset-aset yang didakwa DoJ telah diperoleh dengan cara yang salah dan oleh itu mahu menyitanya, sebenarnya dibeli oleh entiti yang tidak dimiliki secara sah dan tidak dikawal oleh 1MDB.
Kelmarin, Peguam Negara Malaysia Tan Sri Mohamed Apandi Ali mempersoalkan saman terkini DoJ melalui dokumen lebih 140 muka surat yang difailkan di sebuah mahkamah AS minggu lalu dengan berkata pejabatnya masih “belum diberikan bukti” mengenai dakwaan kecurian dana daripada 1MDB.
“Kami sangat khuatir dengan usaha mengaitkan perdana menteri dengan salah laku jenayah.
“Tidak pernah dalam permohonan sivil itu perdana menteri dinamakan sebagai defendan atau didakwa untuk kesalahan jenayah,” katanya.
Read More / Baca Lagi >>