'Saya Gadis Paling Beruntung Di Dunia' - Mawar Rashid infomalay12.blogspot.com

Tahniah diucapkan kepada Mawar Rashid yang telah menerima lamaran kekasihnya, Raf Yaakob semalam.

Menerusi Instagram, Mawar berkongsikan detik paling gembira dalam hidupnya itu apabila dilamar dengan taburan kelopak bunga ros mengilingi mereka .

“Saya harus akui tiada seorang pun pernah datang melamar saya sebelum ini dan saya gembira dan berharap dia adalah yang pertama dan terakhir, InsyaAllah. Untuk kejutan ini, saya diberitahu oleh jurugambar bahawa dia melakukan semua ini dengan sendiri”

“Dari memetik kelopak mawar satu demi satu, menyusun dan menyalakan lilin dengan beberapa kejutan lain. Saya nampak usahanya untuk membuatkan saya gembira dan saya benar-benar tersentuh. Dapat saya rasakan saya adalah gadis yang paling beruntung di dunia,” katanya.

Ketika dilamar, pasangan ini berada dalam satu bulatan yang dikelilingi kelopak bunga ros merah dan putih. Manakala Raf pula melutut menghulurkan cincin kepada Mawar untuk melamarnya. Menerusi perkongsian itu, peminat sangat gembira dengan berita yang disampaikan.

Nampak gayanya macam dah tak lama dapat merasa nasi minyak Mawar. Semoga segala persiapan perkahwinan pasangan ini akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Subscribe to receive free email updates: