Ramalan Ahli Nujum Negara Sotong @RafiziRamli Harga RON95 Jadi RM2.70 Bulan Jun Tersasar Jauhl infomalay12.blogspot.com


Ahli Nujum Negara yang tidak bertauliah, Rafizi Ramli, hari ini kantoi lagi dengan ramalannya yang jauh ke laut. Rafizi Ramli yang digelar Sotong oleh netizen pada bulan Februari lalu dipetik Malaysiakini berkata, harga petrol akan naik menjadi RM2.70. Beliau berkata,
Malah, saya menjangkakan harga petrol dan diesel akan terus naik pada beberapa bulan akan datang dan berkemungkinan mencecah RM2.70 (seliter) menjelang Jun 2017 sekiranya harga siling tidak diperkenalkan dan subsidi tidak dikembalikan.
Untuk bulan Jun 2017, untuk dua minggu berturut-turut, harga bahan api untuk petrol dan diesel telah berlaku penurunan. Harga RON 95 untuk tempoh 15 hingga 21 Jun 2017 adalah RM1.98 dan menurun dari minggu sebelumnya sebanyak RM0.07. 

Walau apapun yang terjadi, ramalan Sotong untuk melihat harga RON 95 menjadi RM2.70 untuk bulan Jun 2017 hanya menjadi angan-angan Mat Jenin. Masih adakah yang percaya cakap si Sotong ini?

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :