Putar belit fakta bukan kebebasan akademik, Kanun selar pensyarah pro-Pas infomalay12.blogspot.com


Wan Anwar Wan Ibrahim 

Kebebasan akademik adalah kebebasan untuk menyatakan pendapat berasaskan keilmuan dan bidang akademik yang diajar bukannya kebebasan untuk memutar belit fakta, tegas Timbalan Pengerusi Biro Undang-Undang Amanah (Kanun), Wan Anwar Wan Ibrahim.
Menurutnya, kebebasan bersuara yang merupakan kebebasan asasi seperti diperuntukkan dalam Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan bersifat tidak mutlak dan terikat dengan undang-undang.
"Contoh kebebasan akademik yang disekat adalah seperti yang berlaku kepada Prof Dr Azmi Sharom yang didakwa di Mahkamah Sesyen di bawah Akta Hasutan 1948 kerana artikelnya yang bertajuk "Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told" (Ambil jalan krisis Perak, selesaikan segera kebuntuan Selangor, Pakatan diberitahu) pada 14 Ogos 2014," ujarnya.
Beliau mengulas kenyataan terbaharu pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff di Facebook pada 31 Mei lalu yang mendakwa Naib Presiden Amanah, Dr Mujahid Yusof sebagai lambang hipokrasi kerana bertindak tidak selari dengan tujuan parti itu ditubuhkan.
"Kanun tidak bercadang untuk menjawab bagi pihak Dr Mujahid atas segala putar belit fakta yang dibuat olehnya kerana Kanun percaya Dr Mujahid mampu dan berkebolehan membalas putar belit itu sendiri.
"Kanun hanya ingin membetulkan kefahaman Dr Kamarul terhadap konsep kebebasan bersuara di dalam Perlembagaan Persekutuan dan sikap 'double standard' Dr Kamarul antara Amanah dan Pas," ujarnya dalam satu kenyataan.
Dr Kamarul dalam catatannya di media sosial itu turut menyatakan hairan apabila didapatinya Dr Mujahid tidak konsisten dengan tujuan penubuhan Amanah.
Sehubungan itu, Wan Anwar yang juga Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional berpendapat Dr Mujahid berhak untuk menyaman Dr Kamarul jika beliau berpendapat Dr Kamarul telah melampaui batasan fitnah.
"Kadang-kala tindakan undang-undang perlu diambil ke atas mana-mana insan yang berterusan melemparkan fitnah. Hanya tindakan undang-undang sedemikian yang mampu menghentikan perbuatan fitnah itu.
"Kanun menyatakan bahawa antara sekatan dalam kebebasan bersuara adalah sekatan daripada membuat fitnah (libel and defamation).
"Sekiranya seseorang itu melemparkan kata-kata tidak benar yang menjatuhkan reputasi seseorang yang lain di mata orang awam maka ianya akan menjadi suatu fitnah," jelas peguam itu lagi.
Beliau turut menyifatkan Dr Kamarul sendiri tidak mengamalkan apa yang disebutkan apabila memberitahu tergelak melihat bahasa yang Dr Mujahid gunakan sebagai betapa 'progresif' dan 'terbuka'nya Dr Mujahid.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: