Ia usaha membawa mesej keamanan dalam melawan sikap ekstremisme kaum dan agama.
“Kunjungan saya ke bazar Ramadan sejak permulaan Ramadan menguatkan keyakinan saya bahawa rakyat Malaysia di luar sana tidak kira latar belakang kaum, agama dan politik menghargai dan mahu akan keamanan, tolak ansur, persefahaman dan sifat saling menghormati,” katanya.
Kenyataan itu di sebalik beberapa kenyataan provokatif melibatkan bukan Islam dan DAP, termasuk seruan beberapa peserta protes di Pulau Pinang pada Jumaat lepas untuk menghalang Ketua Menteri Lim Guan Eng daripada turut serta dalam majlis berbuka puasa.
Ia menyusul selepas dakwaan seorang pensyarah Universiti Utara Malaysia yang DAP menyebar agenda Kristian.
Minggu ini, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memulakan siasatan ke atas sebuah masjid di Subang, selepas beberapa NGO pro-Umno membidas kehadiran Ahli Parlimen PKR, Sivarasa Rasiah untuk program penyerahan sumbangan dan buka puasa.
“Malaysia mampu menjadi negara kelas dunia sekiranya kita menggunakan nilai terbaik daripada kepelbagaian kaum, agama, bahasa dan budaya di Malaysia.
“Tetapi Malaysia akan gagal sekiranya kita benarkan suara pelampau dan tidak toleran bermaharajalela dalam kehidupan kita,” kata Lim.