"Orang Kedah Semua Rasa Nak Tampaq Dia," - Nitezen infomalay12.blogspot.com

Orang Kedah mengamuk menganggap drama bersiri Mak Cun menghina cara percakapan dalam loghat terlalu over sehingga merosakkan gaya pertuturan orang di negeri utara tanah air itu.

Menurut laporan mStar Online, seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Fatenism meluahkan rasa tidak puas hati terhadap loghat Kedah yang digunakan menerusi program bual bicara Raya Sakan Mak Cun yang ditayangkan secara langsung pada 24 Jun lalu di TV3 bersempena Aidilfitri.

"Kalau nak belajar cakap Kedah tengok TV3, dengar Farid Kamil cakap, bukan tengok Raya Sakan Mak Cun.

"Orang Kedah semua rasa nak tampaq (tampar) dia," tulisnya.

Amboi Fatenism, garangnya!

Status yang dimuat naik pada Selasa lalu sehingga kini sudah pun mendapat hampir 16,000 ulang Tweet daripada pengikutnya yang rata-rata bersetuju dengan kenyataan yang dibuat Fatenism.

Ramai daripada komen balas yang diberikan menganggap cara percakapan dalam loghat tersebut 'over' dan terlalu mencuba sehingga merosakkan keindahan gaya pertuturan orang di negeri utara tanah air itu.

Ada pula menganggap watak-watak dalam rancangan itu seolah-olah memperleceh dan menghina loghat Kedah, hingga ia menyinggung anak jati negeri itu  ketika siaran langsung program itu.

"Kita ni tahan ja depa cakap lagu tu. Seolah-olah memperkotak-katikkan loghat kita. Berani depa pelechey (memperlekeh) loghat kita noo.

"Hat tu over lebih. Kami yang belah utara ni pun menyampah tengok depa semua tu," tulis beberapa pengikut yang tidak berpuas hati.

Perdebatan mengenai perkara itu tambah menarik apabila ada beberapa pengikut yang mendakwa berasal dari Pulau Pinang turut berasa terkesan dengan penggunaan loghat dalam Mak Cun.

Menganggap orang 'luar' bercakap utara sebagai pelik, pengikut yang menggunakan nama @Nur_Muhammad58 itu memberitahu mahu memboikot program itu.

"Kami wakil dari Pulau Pinang pun agak tertekan dengan hal sebegini. Orang luar cakap utara pelik kot.

"Jadi kami ambil keputusan untuk tampar berjemaah," tulisnya.

Program bual bicara itu menampilkan Mak Cun (Eirma Fatima) dengan gandingan pelakon lain seperti Atul (Balkisy Samundur Khan), Manisah (Datin Umie Aida), Pak Akob (Datuk Rahim Razali), dan Kumin (Adik Haidar). - mStar Online




Subscribe to receive free email updates: