Kota Bharu - Seorang lelaki dipenjara 21 tahun dan 18 sebatan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini, terhadap dua tuduhan berasingan iaitu merogol kenalannya dan merompak seorang wanita menggunakan senjata dalam kejadian pada Mac dan Mei lalu.
Hakim Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas Amierul Iqbal Muhamad, 22, mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan.
Mahkamah memerintahkan hukuman berjalan berasingan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol dan menyebabkan kecederaan di kaki kiri wanita berusia 21 tahun di kawasan semak di Kampung Padang Melintang, Bachok antara 7 hingga 10 malam, 25 Mei lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merompak Zaiton Mat Aris, 48, menggunakan pisau mata gergasi dengan mengambil rantai leher, jam tangan, beg mengandungi permata dan dua rantai di sebuah rumah di Panji, Kota Bharu pada 5.30 petang, 19 Mac lalu.
Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Related Posts :
[Video Utamakan rumah PPR untuk rakyat Malaysia - Menteri] Kalau kahwin pun, tiga, empat hari saja kekok. infomalay12.blogspot.comIsnin, 4 Jun 2018
Kalau kahwin pun, tiga, empat hari saja kekok
Mohamad Sabu mengakui kekekokan apabila pertama kali menjalankan tugasnya … Read More...
Ahli perniagaan tawar RM10,000 sehingga Jamal ditangkap infomalay12.blogspot.com
… Read More...
[Video Shahrir Abdul Samad disaman RM 100 juta] Pendedak Umno jangan nak gelembong! Sebelum ini perlantikkan AG bukan Islam telah pun dipratikkan oleh UmnoBN. infomalay12.blogspot.comIsnin, 4 Jun 2018
Otai BERSIH
Suka Halaman Ini · 3 jam ·
Apa jadi pun... kita kena pastikan Najib Razak d… Read More...
[Video Nombor plat 'Malaysia' dibuka 2 Julai ini - Menteri] Adoi...Drama lagi, kata Chef Wan ulas isu AG baru & Puak2 lobai kata Malaysia dalam bahaya? HA HA HA... infomalay12.blogspot.comIsnin, 4 Jun 2018
Suara Rakyat
Suka Halaman Ini · 22 min ·
Biar Gambar Berbicara..
Rupa-rupanya … Read More...
[Video Esok adalah hari kritikal-Siti Hasmah] Isteri PM: Esok adalah hari yang genting & Jeng, Jeng, Jeng 'Ibu Segala Boros' bakal disiasat esok! USAH GENTAR BERHADAPAN rOSMAH. infomalay12.blogspot.comIsnin, 4 Jun 2018
Suara Rakyat
Suka Halaman Ini · 2 jam ·
Jeng.. Jeng.. Jeng... Ibu Segala Boros ba… Read More...