MUSIM CUTI: RISIKO JANGKITAN DENGGI LEBIH TINGGI infomalay12.blogspot.com


denggi


Kangar - Faktor pergerakan orang ramai secara meluas semasa cuti persekolahan dan musim perayaan menyebabkan risiko jangkitan demam denggi lebih tinggi dan ia lebih cepat merebak, jika terdapat nyamuk Aedes di persekitaran mereka.

Ketua Penolong Pengarah (Vektor) Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Dr Amirul Hisham Zainol berkata, sehubungan itu orang ramai perlu sentiasa memastikan kebersihan kawasan kediaman masing-masing. 

"Masyarakat dinasihat untuk melakukan aktiviti pencegahan seperti memastikan tiada bekas atau tempat-tempat yang berpotensi untuk pembiakan nyamuk Aedes ditinggalkan semasa pulang bercuti ke kampung.

"Gunakan juga bahan pembunuh jentik-jentik ke dalam takungan air kekal terutama apabila tidak menggunakannya lebih dari tempoh seminggu selain memakai bahan penghalau nyamuk (repelen) di bahagian badan yang terdedah kepada gigitan nyamuk," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Orang ramai juga diingatkan agar tidak pergi ke kawasan wabak atau hotspot denggi, serta melindungi diri dari digigit nyamuk terutama pada waktu nyamuk aktif menggigit iaitu antara aktif 5 hingga 7 pagi dan pada waktu sama di sebelah petang.


Subscribe to receive free email updates: