Gempar industri hiburan tanah air apabila viral satu siri screenshot perbualan WeChat oleh seorang wanita di laman sosial yang mendakwa dirinya digoda pelakon terkenal, Shukri Yahaya.
Tidak cukup dengan itu, wanita tersebut juga ‘banyak masa’ memuat naik perbualan tersebut menerusi laman Instagram.
Namun, meskipun mendakwa dia mempunyai bukti rakaman perbualan video dengan pelakon lelaki tersebut, dia tidak muat naik rakaman itu atas sebab-sebab tertentu.
Mengakui berasa bengang dengan tuduhan itu, hero drama 7 Hari Mencintaiku itu tampil jawab isu kononnya menggoda wanita tersebut.
“Saya pun dapat tahu berita ni pagi ini. Komen saya senang je, orang sekarang sanggup buat apa sahaja untuk ‘famouskan’ diri mereka tanpa rasa malu akan diri sendiri.
“Mereka seperti sudah tidak bermaruah dan nak popular cara pantaslah ni. Saya sikit tidak terasa dan malas nak layan.
“Stop making stupid people famous (Hentikan buat orang bodoh popular”, ujarnya.
Ditanya tentang tindakan terhadap perkara ini, Shukri berkata, dia enggan melayannya dan menganggap ia sesuatu yang remeh.
“Saya malas nak layan mereka, saya maafkan mereka di bulan puasa ni. Orang macam ni buat kita hilang sabar, baik tidak payah layan langsung,” ujarnya.
 |
Shukri Yahaya |
Tambah Shukri lagi, dia enggan ambil kisah pendedahan palsu itu kerana semua orang boleh jadi dirinya dengan meletakkan gambar profil dia seterusnya menyamar dengan cara berbalas teks perbualan.
Shukri telah berkahwin dengan Tya Adnan pada 20 November 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Aaira Ameena yang lahir pada 24 Ogos 2016.
Related Posts :
Arwah Dipukul Sebab Bomoh Kata Dia Curi 'Laptop' infomalay12.blogspot.com
Serdang - Nama Zulfarhan Osman Zulkarnain, kadet yang mati didera kelmarin, disebut-sebut bomoh sebagai individu yang mencuri komputer riba… Read More...
80 OKU PENGLIHATAN BERPELUANG BELAJAR MENGAJI infomalay12.blogspot.com
Pelancaran Rumah Ngaji di Pondok Ar-Raudhah, Jempol bukan saja dihadiri orang biasa, malah turut disertai golongan cacat penglihatan.
P… Read More...
Apabila buli membawa kepada bunuh diri… infomalay12.blogspot.comDr Goh Cheng Leong berkata, ada kes-kes yang jelas di mana membuli membawa kepada pelajar untuk membunuh diri.
PETALING JAYA: Seorang ahli p… Read More...
Pengetua Sedih Anak-Anak Tahfiz Terima Sisa Juadah Bazar Ramadan infomalay12.blogspot.com
Allahu, sedih melihat makanan yang disedekahkan kepada anak-anak tahfiz ini. Bukan tidak bersyukur, tetapi bukankah lebih baik jika makanan… Read More...
Hargai Pengorbanan Suami, Wanita Letak Duit RM3,000 Dalam Dompet infomalay12.blogspot.com
Kuala Lumpur - Viral di media sosial gambar dan status seorang wanita yang dikatakan telah memberi RM3,000 kepada suaminya mencetus pelbaga… Read More...