Buntong – Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan mengerikan dengan kepalanya hampir putus dipercayai ditetak di Kilometer 6, Jalan Ipoh - Lumut di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai S Ganasan, 30, ditemui terbaring di tepi jalan berkenaan dengan pelbagai kesan kecederaan di kepala dan tangan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mangsa dijumpai oleh orang awam kira-kira lima meter di tepi jalan berkenaan.
"Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mempunyai kesan tetakan di kepala, leher serta kedua-dua kaki dan tangan.
"Pemeriksaan lanjut tidak menemui sebarang senjata ditempat kejadian. Mayat dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat," katanya.
Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati mangsa mati kerana pendarahan berlebihan akibat luka tetakan di leher.
"Mangsa mempunyai tiga rekod jenayah lampau dan dua rekod dalam kes dadah.
"Siasatan lanjut membawa penahanan seorang lelaki berusia 23 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh," katanya.
Related Posts :
[Video Tun M: Saya tak salah bila jatuhkan BOSSKU Penyamun] Anwar dengan Mahathir sedang berganding bahu nak pekena pemimpin parti ana? Setelah usul tak percaya TIDAK MENJADI, apa lagi helah Pas untuk MENYELAMATKAN DIRI selepas ini? infomalay12.blogspot.comSabtu, 2 Mac 2019
Parti ana kata Anwar nak jatuhkan Mahathir. Tapi yang ana bimbang, Anwar dengan Mahathir sedang berganding bahu nak peke… Read More...
[Video SILAP PAS MENYERANG ANWAR] MALAYSIA lebih indah jika kita saling MENGHORMATI dan sama-sama BERTOLERANSI & Sudah2 lah PAS..Duit Deposit calon pun UMNO tolong Support? infomalay12.blogspot.comSabtu, 2 Mac 2019
Ceramah Grand Finale PRK Semenyih di Jalan Vista Valley Semenyih mlm ini...
MALAYSIA lebih indah jika kita saling MENG… Read More...
[Video Raja Petra pembohong - Dr M] Malam terakhir kempen PH, BN di Semenyih & PAS ada peluang saman lagi... infomalay12.blogspot.comSabtu, 2 Mac 2018
KiniTV.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menepis dakwaan beberapa exco Pulau Pinang terbabit dalam siasatan Suruha… Read More...
ZAKARIA, ISTERI MENGUNDI DI DEWAN JKKK KAMPUNG SESAPAN KELUBI infomalay12.blogspot.com
Calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi selesai mengundi di Dewan JKKK Kampung Sesapan Kelubi, Beranang di sini kira-kira pukul 8… Read More...
ZAKARIA, ISTERI MENGUNDI DI DEWAN JKKK KAMPUNG SESAPAN KELUBI infomalay12.blogspot.com
Calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi selesai mengundi di Dewan JKKK Kampung Sesapan Kelubi, Beranang di sini kira-kira pukul 8… Read More...