Kisah Terowong Penang, Siapakah Yang Berbohong? infomalay12.blogspot.com


Maafkan CTS kerana sudah 3 hari tidak mengemaskinikan blog. Bukannya apa, bukan hanya Pengerusi dan Presiden Parti Cap Bunga Raya sahaja bersama ipar duai dan anak cucu dapat bercuti dan berhari raya di London, (kotaraya yang Tun Dr Mahahir mahukan kita suoaya 'Buy British Last'), kita juga sebagai Rakyat Marhaen juga perlu bercuti, bukan?


Berbalik kepada isu terowong di Pulau Pinang, pada 24/06/2017, Chow Kon Yeow EXCO PBT dan Tebatan Banjir dalam usaha untuk menyelamatkan Ketua Menteri, Joseph Lim Guan Eng serta mempertahankan bayaran perundingan 400% lebih tinggi dari skala dibenarkan kepada Zenith Construction, telah berkata bahawa jumlah RM177.5 juta yang telah dibayar sepenuhnya itu adalah termasuk bayaran bagi Kajian DEIA.

Ini adalah bercanggah dengan jawapan yang diberikan oleh YB Lim Hock Seng, EXCO Infrastruktur di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 22/05/2017 yang lalu yang berkata bayaran untuk kajian DEIA beum dibuat. Tonton video di bawah bagi mengesahkannya.


Sekiranya kenyataan Chow Kon Yeow adalah betul dan benar, maka Lim Hock Seng telah memberikan maklumat yang tidak benar dan palsu kepada DUN Pulau Pinang. Beliau boleh dikenakan tindakan kerana mengelirukan atau menipu di Sidang DUN.

Subscribe to receive free email updates: