Isa cengkam 'keberanian' Najib infomalay12.blogspot.com


Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
1. PELANTIKAN Tan Sri Isa Samad sebagai Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menunjukkan bahawa transformasi dilaungkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak hanyalah satu kepalsuan. Najib ternyata tiada keberanian dan keazaman politik untuk mengenepikan individu-individu bermasalah dari berada dalam struktur pemerintahannya.

2. Bahkan, tindakan tersebut membuktikan kronisme dan nepotisme yang wujud apabila jawatan dan kedudukan menjadi ‘agihan’ dibahagi-bahagi atas kepentingan diri, dan bukannya atas merit keupayaan atau kepakaran dimiliki. Malah, turut membayangkan saling berpakat atau bersekongkol melindungi kecurangan masing-masing. Malang sekali, hak awam telah jadi pertaruhan yang merugikan. 3. Kami khuatir, keberadaan Isa di SPAD hanya akan menimbulkan masalah baharu di entiti itu. Sedang kemelut di Felda mungkin tidak akan selesai kerana FGV ditubuhkan Isa bersama kukunya yang mencengkam. Malah, Isa dilihat telah mencapai misi pertembungan beliau dengan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad yang dimusuhinya apabila Zakaria turut ‘disingkirkan’ hari ini.

4. Walhal, siasatan ke atas Zakaria masih berlangsung dan belum dibuktikan sebarang tuduhan. Namun, episod drama dimainkan Najib seperti lazimnya akan mengkambing-hitamkan atau menjatuhkan pihak yang tidak seia sekata dengannya. Kami bimbang, keadaan menjadi semakin parah dan tidak menuju penyelesaian diharapkan, sedangkan banyak pihak menerima kesannya.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :