Pelancaran secara rasmi Sekretariat Pakatan Harapan Indera Mahkota di sini semalam yang diwakili Chean Chung (empat,kiri,depan),Abdul Aziz (Lima,kiri,depan) Kamarul Ariffin(tiga,kiri,depan) dan John Lee (tiga,kanan,depan).
Dilancarkan secara rasmi di sini hari ini, keempat-empat parti itu nyata optimis untuk memastikan kerusi Parlimen dan Dun di bahagian Indera Mahkota tersebut menjadi milik pakatan itu dengan kehadiran Ketua Amanah Kawasan, Abdul Aziz Ahmad, Ketua DAP John Lee dan Ketua Bahagian Bersatu, Kamarul Ariffin Mohd Shahar manakala PKR diwakili Adun Semambu, Lee Chean Chung.
Chean Chung yang mempengerusikan majlis pelancaran pakatan itu memberitahu, ia adalah detik bersejarah bagi empat komponen terbabit diikuti sejarah dua PRU sebelum ini membuktikan bahawa pakatan sebegitu lebih digeruni oleh Umno dan BN.
“Penubuhan Pakatan Harapan dalam waktu sebegini pastinya bertujuan untuk bekerja dengan misi menurunkan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak dan menumbangkan Umno serta Barisan Nasional pada PRU14 yang bakal menjengah bila-bila masa.
“Kami, kepimpinan kanan Pakatan Harapan Indera Mahkota dengan ini menyeru seluruh anggota masyarakat Indera Mahkota dari semua kaum untuk terus bersama kami, sebagaimana dokongan dan sokongan yang ditunjukkan sebelum ini, dalam usaha kami merealisasikan mimpi memartabatkan kuasa rakyat,”katanya kepada pemberita.
Read More / Baca Lagi >>