Teruja dengan laporan kurang tepat daripada Metrotvnews.com, baca di sini seperti di atas yang bertarikh 27/06/2017, macai ProTun melompat kegirangan kononnya mereka telah mendapat isu untuk menutup isu Presiden dan Pengerusi Parti Bunga berhari raya di London bersama anak cucu dan ipar duai.
Isu yang mereka harapkan menjadi sensasi dan kontroversi adalah Perdana Menteri bercuti di Bali dengan menempah 41 bilik Presidential Suites di St Regis dengan kos jutaan ringgit!! Macai ProTun punya melompat kita tonton dengan senyum sahaja. Salah satu macai ProTun bodoh CTS sertakan di bawah,
Pertama, adakah hotel St Regis atau mana-mana hotel di dunia mempunyai 41 bilik Residential Suite? Kedua, portal Indonesia yang sama telah pun membuat pembetulan ke atas laporan asalnya seperti di bawah,
Rupanya macai ProTun seperti biasa hanyalah ejakulasi pra-matang. Hanya satu Presidential Suites dan 11 bilik 'standard' untuk tetamu seramai 24 orang. Saya berani bertaruh macai ProTun yang bising mengenai isu ini pastinya belum pernah menjejakan kaki ke Bali apatah lagi untuk menginap di St Regis.
Tidak ada salahnya Perdana Menteri tinggal di President Suites. Bukannya ada taukeh judi atau kroni yang membelanja beliau untuk bercuti. Beliau layak di bawah Akta 237, Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 & hak-hak dan keistimewaan anggota pentadbiran kerajaan / parlimen.
Waima semasa bulan Ramadhan sekalipun macai ProTun mengantikan Syaitan dan Iblis yang diikat dengan menabur fitnah, apatah lagi dalam bulan Syawal di mana semua Syaitan dan Iblis dibebaskan. Bayangkan betapa Syaitan dan Iblisnya mereka.