'Arwah Selalu Ceria, Tak Pernah Cerita Masalah...' - Rakan Sekerja infomalay12.blogspot.com

Rakan sekerja pegawai polis yang ditemui mati dengan kesan tembakan di dahi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh hari ini, menyifatkan mangsa seorang yang baik dan tidak mempunyai masalah kerja serta keluarga.

Lelaki berusia 20-an dan enggan dikenali itu berkata, arwah rakannya, Inspektor Ahmad Al-Syamir Sharif, 29, itu sangat tenang dan sentiasa komited dalam kerja.

Katanya, arwah mula bekerja di IPD Pasir Puteh sejak Februari lalu dan menjadi pegawai penyiasat.

"Dia kelihatan ceria dan tidak pernah menceritakan masalah yang berlaku.

"Arwah juga mempunyai rekod kerja yang baik. Saya yang berada di bawahnya amat senang bekerja dengan beliau.

"Saya terkejut selepas mengetahui rakan meninggal dunia pagi tadi kerana sebelum ini beliau tidak menunjukkan sebarang perubahan," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, arwah juga sangat taat dengan perintah Allah SWT apabila tidak meninggalkan solat.

Katanya, dia dan seluruh IPD Pasir Puteh kehilangan seorang pegawai penyiasat yang berwibawa walaupun hanya sempat dalam tempoh beberapa bulan sahaja.

Dalam kejadian itu, seorang pegawai polis berpangkat Inspektor ditemui mati dengan satu kesan tembakan di bahagian dahi di IPD Pasir Puteh.

Mangsa berusia 29 tahun ditemui pada jam 9 pagi di atas kerusi di pejabatnya oleh anggota polis dengan kesan darah di bawah kerusi.

Mangsa bertugas sebagai Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial yang bertugas dari jam 8 pagi semalam hingga 8 pagi tadi serta bertanggungjawab membuat rondaan di sekitar Pasir Puteh.

Subscribe to receive free email updates: