Lima penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didakwa di Mahkamah Majistret, hari ini atas tuduhan membunuh Pegawai Kadet Laut universiti itu, Mei lalu.
Seorang lagi penuntut UPNM didakwa bersubahat membunuh mangsa, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, yang juga pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik universiti itu.
Lima tertuduh adalah Mohd Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri, manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali, didakwa bersubahat.
Semua tertuduh yang berusia 21 tahun itu hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.
Lima tertuduh, Mohd Akmal, Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif dan Mohamad Shobirin, didakwa secara bersama-sama membunuh Zulfarhan di Bilik 04-10 Blok Penginapan Asrama Jebat, UPNM Sungai Besi, di sini, di antara jam 4.45 pagi hingga 5.45 pagi, pada 22 Mei lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Abdoul Hakeem didakwa bersubahat dengan lima tertuduh membunuh mangsa di tempat dan pada masa yang sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 Kanun sama, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
Related Posts :
Ucapan 'berbisa' perwakilan tamatkan perang Rafizi, Azmin infomalay12.blogspot.comUcapan 'berbisa' perwakilan tamatkan perang Rafizi, Azmin: Kedua-dua calon bagi timbalan presiden PKR itu akhirnya berpelukan di Kongres Nas… Read More...
Paria Bangsat Tak Menyalak Ke? infomalay12.blogspot.com
Jenayah apa pulak nak sebut?
Jenayah gila cucuk ke?
Jenayah hilang akal?
Para paria tak nak komplen ke?
Lu Fikir La Sendiri!!!
… Read More...
Sejarah Pendatang Cina & India di Tanah Melayu infomalay12.blogspot.com
Cukuplah selama ini satu demi satu perkara yang melibatkan sensitiviti Melayu dan Islam diusik, hak keistimewaan Melayu yang dijamin perle… Read More...
Beranikah Guan Eng menjawab empat soalan Najib infomalay12.blogspot.com
Ketika saya membahas belanjawan 2019 di Dewan Rakyat pada hari Rabu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ada di dewan.
Dia membisu sepanja… Read More...
[Video Sebak...ucapan terakhir Wan Azizah sebagai presiden] Walaun janganlah sia2 memecah-belahkan keharmonian kaum! Y.D.P.Agong, Raja2, Sultan2, PM, TPM, MB2 & Ketua Pembangkang kesemuanya adalah 100% Melayu & Pas tak ada calon di Rantau? ARC jagalah kelakuan ahli kamu! infomalay12.blogspot.comSabtu, 17 November 2018
ARC jagalah kelakuan ahli kamu!
Aduhai! Di Malaysia siapa ada berani tak hormati Melayu? Melayu adalah majoriti (… Read More...