Menurut laporan akhbar China Youth Daily, insiden tersebut berlaku semasa wanita berkenaan bertugas di restoran di Taiyuan di wilayah Shanxi.
Sebuah video dimuat naik di Internet pada Jumaat lalu menunjukkan wanita itu baring di atas meja dengan memakai baju dan seluar pendek, dengan sushi dihidangkan di atas badannya.
Wanita berkenaan mendakwa seorang pelanggan melakukan sesuatu terhadapnya semasa mengambil sushi dari badannya dengan menggunakan penyepit.
Mangsa yang berang kemudian bangun dan bertengkar dengan lelaki itu yang didakwa mencabulnya.