(Video) Kecoh Dalam Perlawan AFC JDT Lawan Ceres Negros, Farizal Hilang 'Cool' infomalay12.blogspot.com

Sedikit kekecohan tercetus dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala AFC antara Johor Darul Ta'zim dengan kelab Filipina, Ceres Negros FC sebentar tadi.

Dalam beberapa video perlawanan yang dikongsi, kelihatan penjaga gol JDT, Farizal Marlias gagal mengawal kemarahan pada minit-minit akhir perlawanan apabila Ceres Negros berjaya menyumbat gol kemenangan menjadikan keputusan 2-1 (agregat 4-4).

Menerusi rakaman detik-detik kekecohan itu, Farizal dilihat memarahi pengadil perlawanan dan juga ada aksi tolak menolak berlaku sehingga dia diberi kad merah.

Difahamkan, gol kemenangan itu berjaya dihasilkan menerusi sepakan penalti kontroversi pada minit ke 93.





Subscribe to receive free email updates: