Dalam kejadian 10.30 malam tadi, mangsa yang merupakan pekerja hotel dilaporkan diculik di tempat parkir di luar kawasan bangunan hotel tersebut.
Menurut sumber yang memuat naik video ini, Adrian Ismail, ketika kejadian mangsa pergi ke tempat parkir tersebut bersama-sama seorang lelaki yang berpura-pura menjadi pelanggan untuk memberikan kad akses tempat letak kereta.
Mangsa culik |
Menerusi video tersebut, kelihatan gadis itu melarikan diri ketika beberapa suspek cuba menariknya masuk ke dalam kereta sebelum dia ditangkap dan diheret oleh seorang lelaki.
Baru dimuat naik beberapa jam, video ini telah dikongsi lebih 21,000 netizen di laman Facebook.
Sementara itu, bos kepada mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lenny memaklumkan, dia menyedari kehilangan pekerjanya itu apabila gadis itu tidak pulang-pulang kembali tempat kerjanya sekali gus gagal dihubungi.
Tambahnya, dia cuba menghubungi pelanggan yang mahu menempah hotel berkenaan, namun tidak dijawab.
Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian tersebut.