PAS sembang Masjid tak sepatu dijadikan pentas ceramah politik infomalay12.blogspot.com

PAS menasihatkan semua pihak terutama ahli parlimen bukan Islam agar tidak menyalahgunakan masjid sebagai pentas untuk ceramah politik.
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, walaupun orang bukan Islam dibenarkan untuk menziarahi masjid namun pada masa yang sama mereka perlu sopan dan menjaga tatacara dalam masjid.
“Kalau dia pergi sebagai seorang wakil rakyat bagi saya itu tak jadi masalah...(tapi) tak sepatutnyalah kalau guna untuk (tujuan) politik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco Kerajaan Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di Kota Bharu hari ini.
Semalam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan murka dan dukacita terhadap tindakan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa yang didakwa mencemarkan kesucian Masjid An Nur Kampung Melayu Subang apabila memberi ceramah berkaitan politik di masjid itu, Rabu lalu.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Haris Kasim dipetik sebagai berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya secara peribadi oleh baginda sendiri.

Subscribe to receive free email updates: